Family Day 2017

Buffet Berbuka Puasa Di Seri Pacific Hotel

Kalau anda tercari cari tempat berbuka puasa, I would suggest to try Buffet Berbuka Puasa Di Seri Pacific Hotel.

Accessible by public transport, betul betul terletak di hadapan PWTC. Memang senang nak cari hotel ni. 

Halaman Haji Saad
 
Menariknya lagi, mereka mengekalkan element tradisional dengan menggunakan tema 'Halaman Haji Saad'. Ada pelbagai juadah disediakan. Memang rambang mata dan taktahu nak pilih yang mana dulu. 

 
 
Rambang mata dibuatnya taktahu nak pilih yang mana dulu. Bagi pencinta makanan tradisional korang wajib cuba Tempoyak Cili, Sambal Nenas dan Sambal Gesek. Ada yang datang buffet tapi tengah berdiet? ha jangan risau. Ada menu seperti ulam-ulaman dan choices of Kerabu.
 
Their Must-Try Menu memang buat kecur air liur tau tak. Memang wajib cuba Sup GearBox,  Briyani Gam, Kambing Golek dan Bubur Lambuk.
 
Kambing dia, sedapp wehh!!! Berbaloi beratur.
 

 


Makan kat hotel ni, tak sah kalau tak try dessert. Ada pelbagai jenis pastries, cake dan puding yang sedap. Tengoklah, penuh pinggan I ni.

Selain tu ada jugak kuih muih, Bubur Chacha, Pengat Ubi , Bubur Kacang Hijau dengan Durian dan macam macam lagi lah. My dad mesti suka ni !


Kat drink station ada banyak pilihan air yang sememangnya menyegarkan seperti Air Kelapa, Soya Bean dan Air Kiwi. Ye lah dah seharian tahan dahaga kan. Ni kalau bawak si Lihin, air lah yang dikejar dulu.I pun sanggup ulang alik sebab nak rasa semua air. hahaha

Tapi first time I pergi iftar di hotel ada Air Kelapa. Satu kelainan. bagus betul

Selain dari tu, yang I suka kat sini semua makanan memang dihidangkan fresh dari BBQ pit atau kuali diorang. Ha ni bukan makanan dipanas-panaskan ye. Kalau nak Spaghetti memang dia masakkan upon request. Macam tu jugak dengan murtabak dan sebagainya. Tak lambat pun, sekejap je tunggu. Janji dapat makanan healthy and fresh. Berbaloi uolls



Sambil makan kami didendangkan dengan lagu dari band ni. Sedap uolls suara dorang. I ada share di IG


Kalau berminat boleh ajak geng geng makan/ family and friends berbuka puasa disini. Ramadhan dah nak sampai ke penghujung ni. Ni lah masanya nak gathering bersama-sama


PACIFIC BALLROOM
Date    : 27 May – 22 June 2017
Price    : RM98 nett (Adult)
              RM49 nett (Children)

Oh kebetulan masa I pergi tu ada Majlis Berbuka Puasa dengan Rumah Anak Yatim Al Firdausi. Comel comel bebudak ni. Tiba-tiba sebak sebab teringat anak kat rumah :'(

Tapi I tumpang happy tengok dorang ni main sesama sendiri. Sopan sopan belaka.

Majlis Berbuka Puasa Bersama
Pertubuhan Kebajikan Al Firdausi


Oh ya, Seri Pacific Hotel dengan murah hati memberikan sumbangan duit raya dan juga makanan kepada mereka. Syabas kepada management hotel. semoga bantuan sebegini akan terus diberikan kepada mereka yang memerlukan



Ceria muka adik adik ni. Geram betul I tengok semuanya comel belaka. Rasa nak angkut jadi adik angkat je hehehe

Okay uolls, details semua I dah provide kat atas tu. Kalau berkenan boleh lah RSVP untuk berbuka puasa di sini. Jangan lupa cuba 'Must-Try' menu diorang okay. Berbaloi uolls

*all picture courtesy: Aqalili Azizan

Comments

  1. silap tgk time2 tgri nih, udah keroncong dh prt akak nengok...

    udahla trs teringat ptg ni nk msk berbuka apa lah agaknya ye

    ReplyDelete
  2. Hotel ni saya tau. Tapi tak pernh berbuka kat stu.

    ReplyDelete
  3. New Diet Taps into Revolutionary Idea to Help Dieters Lose 20 Pounds in Just 21 Days!

    ReplyDelete

Post a Comment