Eid 2017 Cici & Family

*macam tajuk cerita kartun pulak. hahahaha
 
Selamat Hari Raya!
Hari hari hari raya. Hati hati jalan raya
 
 
 
okay uolls macam mana raya so far? hamboi penuh newsfeed I dengan #ootdraya uolls. I je kelibut sikit tak dapat ber-ootd.
 
Okay untuk first day raya, kami ke rumah mertua I lepas tu jalan raya kat rumah jiran jiran and saudara mara. Malam jugaklah sampai Ampang. Kepenatan bebudak tu. I extra penat lah. Tau jelah Maira tu kalau Atok Nanny takde dorang buat perangai. ada ke patut ajak I tawaf rumah orang. Masuk pintu dapur keluar pintu depan. -__-
 
sorry lah uolls bertampal pulak dahi tu hahaha. iolls bukan hipstur tau pakai tudung nampak jambul
 
my SiL buat rendang tak pedas. syok je Lihin makan. Nanny orang Melakau, memang kuat pedas -__-
 
 
Eid Day 2
 
Second day balik Melaka. Ocin tak ikut sebab ada hal. So I agak berdebar lah, yelah apa apa sapa nak ganti bapak I drive. Berkali kali pesan ubat semput, cermin mata and blablabla bawak jangan lupa.
 
Tapi nak dijadikan cerita wiper kereta problem. dah try beli and pasang tak boleh. So Ocin suruh pergi workshop lah upah orang tu pasangkan. Sekali damn, rupanya patah kat belah dalam so amek masa 2 jam nak betulkan. Time tu dah 1pm so my dad cakap tak payahlah, kalau jumpa bengkel kat Melaka baru buat. Maka kami bertolak 1.30pm dari KL. Tau sampai pukul berapa? 5pm uolls. Balik Melaka punya lah lama. slow moving. bersyukur lah sebab at least moving. kalau jem melekat tu yang buat nak nangis tu
 
Sampai hotel, check in memang smooth. Kudos tu Mahkota Hotel front desk. My parents bawa kids pergi pool, I jaga Ash dalam apartment
 
melasak. payah amek gambar sampai terburai tudung Nanny
 
 
 
After Maghrib kami gerak ke rumah kazen I.
 
Tau tak borak dengan orang orang tua ni payah sikit T_T huwaa nak nangis. tak pepasal kena bebel sebab tak ambil cuti raya. One of my aunty tak sihat, so anak dia jaga kat Melaka. dia boring duduk rumah sebab mostly my mom's sibling kat KL
 
" kau ni, raya setahun sekali taknak amek cuti blablabla. Balik jauh jauh ameklah lama sikit, boleh borak blablabla"
 
Tak habis bab tu, masuk bab hotel pulak
 
" kau ni amek hotel kat situ buat apa ? Kan bagus amek yang dekat dengan rumah sedara mara boleh borak panjang panjang ni kau amek dekat dengan supermarket tu apa yang ada blablabla"
 
huwaa I nak nangis tau kena bebel ni. Layankan je lah. so betul lah bab raya ni kita memang banyak senyum and angguk angguk je.
 
why lah ramai ingat dia gegirl. hahaha sian Ash
 
 
balik hotel dramatic sikit disebabkan wiper tu. Tambah pulak hujan. Memang I jadi penunjuk jalan, bapak I tak nampak divider tak nampak simpang. OMG.
 
Sampai Mahkota I singgah Mc Cafe beli cake, coffee and drinks. wehuuu. partayy. Lihin and Maira so excited tau.
 
 
 
 
 
 
Eid Day 3
 
Third day I bangun awal sebab I mimpi ada orang jerit kat telinga I. kah sangat. siap kan semua and terus pergi pool. Tapi kids tak excited sangat, maybe Ocin takde. takde sapa nak layan dorang lari lari. iolls kan cover cover keayuan gitchew. hahaha
 
 
 
Tak sampai sejam naik bilik and bersiap nak check out. Kelakar je, search for Pappa Rich tapi waze hantar I ke kedai kosong -___-. end up, pergi rumah Aunty I di Kandang, lepas tu ke Batu Berendam then only Bachang
 
konsep raya ke-3 : repeat baju 1st day
 
 
Kalau orang tanya I kampung Melaka kat mana, I always cakap Bachang but actually agak bersepah lah. my mom dibesarkan kat Bachang but sibling and cousins dia merata rata. pastu jangan tanya macam mana nak pergi Bachang pulak dari toll ke apa ke. Mana I tau. hahahaha
 
 
 
Okay before off to KL kita singgah Mydin , recharge energy , beli kudapan dalam kereta semua. Gerak 7.30pm, stop sekali je and sampai around 11pm.
 
Maira dah lapar nasi so dia berselera betul makan
 
 
Bila  Sepanjang kat highway memang I jadi peneman my dad, takut dia lelap. slow moving jugak. kang lelap naya je. so I bebel je lah macam macam cerita keluar. Bila dah masuk jalan KL baru I lelap sekejap tu pun terjaga kelam kabut bila dengar bunyi hon. adoi terus hilang ngantuk I. rupanya my dad termasuk lane orang -____-
 
okay masing masing kepenatan
Oryte tu je lah cerita raya iolls . korang pergi mana? berapa jam stuck dalam jemm?
 
Nanti I jengah blog uolls okay

Di kesempatan ini, I nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua readers dan follower I. Minta maaf kalau ada tersalah silap dalam penulisan. Mana lah tahu kan I nak laserkan orang lain, sekali kena sipi sipi. eh ? hahaha okay gurau lagi. semoga uolls happy happy selalu beraya tahun ni. wah macam buat ucapan kat tv pulak -__-
 
Toodles, xoxo
 
 


Comments

  1. Seronok baca u jalan2 dengan kiddos and your parents. Siap singgah Mydin makan2 top up makanan. Budak2 dalam keta lama2 ok tak? Lucky your kids ada nenek and atuk derang jadi peneman setia. Selamat Hari Raya and Maaf zahir batin Cici! ada rezeki kita jumpa lagi kat mana2 blogger event okehhh..muahsss...!!

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya mami cici..seronoknya balik beraya di kampung halaman

    ReplyDelete
  3. Ala Ash, ramai ingat Ash gegurl ye. Muka jambu tu <3

    Selamat hari raya Mommy. Kena bebel di hari raya dah jadi lumrah rasanya. hihihi

    ReplyDelete
  4. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri..

    Bukan selalu setahun sekali..

    ReplyDelete

Post a Comment