Random Thursday: Hilang Sesuatu

 
Dulu I pernah hampir hilang 'sesuatu' yang paling I anggap bernilai dalam hidup. Konon nyawa lah tu. Dah memang takde nampak jalan yang terang untuk kembali dapatkan 'sesuatu' itu.
 
Tapi I doa doa dan terus doa. I memang percaya dengan doa. walaupun I zaman free hair, tapi I percaya Allah ada.
 
 
Lepas solat Fardhu, I solat sunat, solat Hajat, baca Yassin. setiap kali lepas solat memang akan baca Yassin. sikit lagi nak hafal.
 
Akhirnya Allah bagi balik apa yang I nak. Magic kan? Padahal 'sesuatu' tu dah pergi jauh mustahil kembali. ala macam orang mati hidup balik lah. tapi dia belum mati lagi time tu. hahaha
 
Dah memang mustahil tapi kuasa Allah lagi hebat. Dia yang membolak-balik kan hati seseorang
 
Tapi tu lah kan. Time kita nak , bukan main berusaha. Bila dah dapat, hampeh pulak. Allah dah bagi apa kita nak, kita lupa pulak bersyukur. Konon dah bahagia sangat. Dah cukup la konon. Sampai masa Allah tarik satu per satu nikmat yang ada. Time tu baru ternganga.
 
Paling susah bila dalam dilemma. Nak mengadu kat manusia? Boleh cari orang yang dipercayai. Biasanya orang boleh dipercayai ni boleh dikira dengan jari. Tapi tu lah pokok pangkalnya diri sendiri T_T
 
Last last berbalik kepada Allah. dia sebaik baik tempat mengadu....
 
I pernah cerita tak dulu I paling takut solat istikharah? sebab I takut jawapan Allah tak sama dengan apa yang I nak. gigih cakap dengan ustaz
 
"Ustaz, saya taknak istikharah sebab saya takut boyfriend saya bukan jodoh saya"
 
-__-
 
Nasib baik ustaz tu okay. Lepaas dengar cerita I dia cuma kata
 
"ohh dalam kes awak ni, awak solat hajat je banyak banyak. Mohon pada Allah etc etc"
 
(okay macam dah ulang 10x je cerita ni)
 
 
I pernah baca dulu, kalau ada ujian menimpa, kita check balik hubungan kita dengan Allah. mesti ada yang tak kena.
 
Tu lah kan, bila ada problem baru teringat. eh takpe at least ingat. dari tak sedar diri terus. ye tak?
 
Allah bagi ujian sebagai peringatan kepada kita yang semakin menjauh dariNya. sebagai peringatan kepada kita yang semakin lalai dengan tanggungjawab. sebagai tanda Dia masih ingat kat kita. Kita ni je kufur dengan nikmat Dia , kan?
 
Tapi kan, bila sesuatu tu terlepas dari pegangan kita, mesti ada sebab kan? mesti ada hikmah di sebalik kejadian. Cuma kita je tak mampu nak terima kenyataan. Takut mati konon. Padahal tengah menaip pun boleh mati
 
I pernah dengar someone quote ayat from one Ustazah
 
"bila Allah dah gerakkan hati kita untuk ke mahkamah tuntut cerai, maka itu lah waktu yang terbaik untuk cerai. Kalau belum/ ada je halangan mendatang, maybe itu belum waktunya lagi. Allah nak kita dapat pahala bersabar"
 
tapi tu lah kan. Dah nama manusia. kesabaran ada hadnya. Ni bukan cerita romantik nak pergi kejar balik si dia takut dia dah naik flight nanti tak dapat jumpa dah
 
Kalau bukan sekarang, mungkin satu hari nanti.
 


okay, #donebebel. Jom makan
 
 


Comments

  1. Akak dh pernah rasa kehilangan mcm tu..kalau boleh x nak rasa lagi dh..sampai skrg walau kejar mcm mana pun x kan dpt..simpan dlm hati je la..

    ReplyDelete
  2. Kehilangan sesuatu? mesti rindu lili ni. hehe.

    ReplyDelete
  3. InshaALLAH cici. Ketahuilah bahawa seberapa banyak kita sayangkan seseorang di dalam hati kita. Dia takkan pernah sempurna sebab kita semua manusia. Yang paling layak untuk disayangi sepenuh hati dan jiwa adalah hanya ALLAH S.W.T . Ok..done tazkirah! jom makan jugak.hahah!

    ReplyDelete
  4. Hikmah pasti ada di setiap kejadian. Cuma kadang2 kita tak tahu apakah itu hikmahnya atau maybe hikmah itu lambat untuk diketahui. Sentiasa percaya dengan Allah dan yakin Allah adalah perancang yang paling baik dalam hidup kita.

    Kalau ada dilema, Siqah kadang2 hmm bercerita dengan diari je 😊

    ReplyDelete

Post a Comment