Bawa Anak Tengok Wayang | Family Friendly

 
Hari tu first time I bawak Lihin tengok wayang tau. I taktahu pulak ada Family Friendly punya kat TGV. Sebab setahu I yang ada kat One Utama and Starling Mall je
 
I bukan apa, Lihin takut gelap. Maklumlah Mommy dia pun tidur bukak lampu. So kang kalau masuk dia terjerit jerit malulah I. kang orang marah sebab bising. Lepas tu burn ticket. Huwaaa
 
So saja je cuba nasib singgah TGV. sekali nampak FF (Family Friendly) I pun apa lagi, teruslah pergi try
 
FF
Okay so basically FF ni cuma ada weekend pagi saja. Meaning ada 1 tayangan je lah. Macam I tengok hari tu cerita Doraemon -11am.
 
Tiket memang murah. surprsingly weh sebab TGV kan selalu mahal. ehem .
 
Adult- RM 10
Kids- RM 5 (3-12y/o)
 
Macam biasa, kat dalam tu brighter, we have to expect kids running here and there, volume down (walaupun I rasa tetap kuat)
 
 
Lihin focus betul walaupun Doremon dalam bahasa Jepun. hahaha dia dah lah tak pandai baca subtitle. Kids lain ada je lari lari , dengan bapak dia kena berlari sekali hahaha. hadoi ada yang nangis .
 
Nampak tak troley putih di gambar di atas. Ha tu tempat tukar diaper. okay kan semua complete.
 
I faham takde sapa diganggu dalam wayang. I sendiri bengang kalau tengok syok tengok wayang, tetiba ada yang belek rambut I lah, goyang kerusi I lah. Bila I jeling anak dia and makpak dia semua buat derk. wehh common sense lah . Jangan harapkan orang je nak faham parents with small kids. Parents pun kena respect jugaklah.
 
Berapa ramai sanggup tak tengok wayang sampailah anak umur 3,4 tahun. Tapi actually yang kecik lagi pun ada je masuk panggung. depends la macam mana perangai dia. and agak agak anak dah buat perangai, silalah bawa anak keluar -__-
 
Jadi bila ada FF ni, dengan harga ticket murah, I is eksaited okay. defo will come again . This time I nak bawa Maira tapi kena heret Atok sekali. hahaha. Ash? ohh tidak. I tetap rasa volume tu kuat. Ash dah lah takut bunyi bising.
 
So maybe sesiapa yang ada anak kecil nak bawak masuk wayang bolehlah try FF ni ;) have fun yah
 
last min shopping before Raya :)
 
Kemain kan bebudak sekarang. Dulu I first time tengok wayang darjah 6. Mak selalu pesan dalam wayang gelap, nanti orang raba. kahkahkah.
 
korang first time tengok wayang bila?


Comments

  1. pandainya anak tengok wayang...kalau anak saya...selepas 10 minit terus ajak keluar..

    ReplyDelete
  2. Baru cerita dekat husband pasal #MBOKECIl dekat Starling Mall tu. Teringin nk pergi. Bagus jugak TGV dah start buat wayang for kids..leh bawak semua masuk wayang..

    ReplyDelete
  3. Mana saya ingat frst time tegok wayang. First time bersunat ingatlah saya.

    ReplyDelete
  4. pernah skali bawak anak2 buah tengok wayang.. thats it.. first and last sebab makcik depa pening nak layan prangai masing2 hehe

    ReplyDelete
  5. Owh baru tahu pasal ff.. Bagusla ada cinema buat ff ni, senang nak bawak anak2 tgk wayang... Tq mommy for the info

    ReplyDelete
  6. Kat TGV mane ni Cici? I tengok wayang..umur sekolah menengah kot? Form 4/5? lupa daaaaa..

    ReplyDelete
  7. good to know and great time for bonding i guess ^^

    ReplyDelete
  8. Family friendly ni bagus utk yg Ada anak2 kecil. So sesiapa yg tgk NB wayang Di sini jgn le marah budak2 lari or lompat Sana sini. Dah mmg konsepnya gitu

    ReplyDelete
  9. Siqah pun baru tahu kewujudan FF ni. Setuju dengan Cici bab kalau anak dah mengamuk buat hal, bawaklah anak keluar. Ni tidak, gigih jugak nak tengok movie sekali. Huhu. Siqah pernah berada dalam wayang yang jadi kes camtu. Geram usah katalah..

    Siqah tak ingatlah bila first time tengok wayang. Hihi

    ReplyDelete
  10. Bagusla ada macamni, tapi betul macam cici cakap walaupun ff tapi kalau dah anak buat hal tu bawa jela keluar... huhu. I first time tengok wayang dah tingkatan rasanya, tak ingat sangat... btw cici, i dah announce dah kat blog i keluar tv minggu ni 😊

    ReplyDelete

Post a Comment