Random Thurday: 170817

Belon Straw | Permainan Masa Kecik

Lama dah I cari benda ni. Dulu masa birthday kazen dia, first time Lihin Maira tengok belon straw ni. I dok cari cari area rumah i ada. Hari tu jumpa terus lah I borong. eh apa entah nama dia? I panggil Below Straw je
 
Masa kecik, ni one of my fav toys lah. Kira habis je kena topup stock. HAHAHAH. tapi best kan main ni? addictive. and bau dia pun buat ketagih jugak -__-
 
 
Dulu macam lagi murah rasanya. Sekarang 5 singgit. satu tub tu biasa boleh buat 2-3 belon je. tak masuk anak anak I kuku panjang, terus tercucuk
 
 

 
Lepas tu kalau korang ingat satu trick tu, kalau dia bocor kita tampal pakai tangan je. kalau nak besar kan, kita letupkan pakai mulut and boleh tiup and lekat balik guna mulut (read: bibir)
 
Kalau nak syok, tiup banyak banyak and tindihkan. Nanti dia melekat. Jadi lah belon kembar. Terpulanglah nak kembar 2 ke 3 ke.
 


Lepas tu bila dah bocor, kita penyekkan dia macam ni. Nanti ada belon/gelembung/bubble  kecik. Yang tu syok boleh main picit picit. Ala macam picit plastic bubble tu lah. syok kan?


Syok bila dapat perkenalkan mainan Mommy masa kekecik kat dorang ni. Tapi yang tak syoknya bila Mommy yang kena tiup non stop. Sampai kena sorokkan yang belum bukak sebab dia asyik suh Mommy tiup je. Penat tau -__- Kempis perut Mommy 

I think they enjoy...like really enjoy . HAHAHA
 
Psstt. I tak sabar nak perkenalkan batu seremban, dam ular, saidina, Uno, kad kat dorang. Congkak dengan Monopoly I tak pernah main so I tak tahu -__- Korang dah perkenalkan permainan fav korang kat anak /adik/ anak buah?


Comments

  1. Betullah MC....belon ni mmg mainan zaman kecik...dulu 10 sen kot. Tak ingat sebab dah lama sangat. Ada lagi rupanya ye

    ReplyDelete
  2. waahhhh hahaha~ nostalgic betul.. lama dah x nampak benda nie d'jual x taumasi ada atau xda

    ReplyDelete
  3. Baru je main belon ni dengan anak last week. Kawan dia bagi katanya. Memang susah nak jumpa orang jual.

    ReplyDelete
  4. Aaaaaa...BEST giler benda alah ni. HAHAH! dulu masa kecik2 pun selalu main. Belum introduce lagi kat my kiddos. Tunggu apaknya ada sebab boleh shift jadi tukang tiup. Kebas weh mulut nak tiup. HAHAH! trick satu lagi bukan kena masuk dalam mulut dulu ke..basahkan dengan air liur then baru tiup? HAHAHAH! So menjijikkan tapi cukup menyeronokkkan. Anyways, I dah introduce derang main congkak. Syok juga derang layan. Tapi lepas tuh amik guli jadi menan tuju guli pulak dah. Upin Ipin sangat!

    ReplyDelete
  5. Oh yang ni...saya pun suka main...hari tu abi yaya beli banyak betul nak main dengan yaua katanya..apelah anak masa tu baru beberapa bulan...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergelak pulak baca komen ni... hahah. Yela kadang-kadang tak sabar padahal anak kecik lagi 😂

      Delete
  6. Alamak, Cici! Post u ni buat i teringat la! Aih mana nak cari.... 5 singgit? Betul la i rasa macam dulu lagi murah je tapi tak ingat berapa. Hm kalau i jumpa i akan borong banyak-banyak!

    ReplyDelete

Post a Comment