Family Day 2017

Gemok! Gemok! Gemok!

Dulu masa zaman sekolah, I big size. seriously I am the tallest and the biggest dalam kelas or maybe dalam sekolah. I have no problem sampailah bila ramai ejek and guna vulgar word macam 'gemuk' , I terfikir, I ni normal ke tak?
 
I selalu mengadu kat my mom.
 
"mak budak tu cakap kakak gemuk"
 
"mak. tadi kan ada budak cakap blablabla"
 
my mom reply senang je
 
" mana ada gemuk, ko debab je" -__-
 
kalau dah sampai tahap melampau sangat (based on penceritaan I) my mom cakap
 
"ala mak dia tak bagi dia cukup makan tu"
 
kahkah so after that mindset I bila orang ejek I , takpelah dia keding sebab tak cukup makan. padan muka ko sapa suruh ejek I kan
 
kekadang I pelik, I bukannya cari hal dengan dorang, tetiba nak cakap I gemuk. I sampai fikir dorang ni ada masalah otak ke? Time tu mana lah I tau tentang 'buli'
 
Imagine, I tengah jalan kat padang, tetiba ada budak lelaki datang, terkinja-kinja macam monyet terlompat lompat sambil buat action mengejek
 
"gemok!gemok!gemok"
 
I tak ingat kawan sekelas ke apa ke. tapi tolong lah weh pehal la kau ni
 
and sampai sekarang I sensitive dengan perkataan tu okay
 
Macam macam lah . ada satu ni pulak kan jenis classroom duduk berdua . so I duduk belah dinding. Bila I nak keluar, takde space. so kawan sebelah I cakap kat budak lelaki belakang
 
"wehh belakang sikit. Dia tak muat nak keluar"
 
mamat tu jawab
 
"alaa biarlah dia. sapa suruh dia gemuk sangat"
 
disambut dengan gelak ketawa. kelakar?
 
Lepas tu I dari kecik suka bawak bekal. duit belanja buat beli jajan, bekal buat makan waktu rehat. so my fav was roti telur. buat macam benjo tapi pakai roti potong je. so one of my classmate tengok bekal I and cakap
 
"laa patutlah gemuk, hari hari makan telur. gemuk macam telur"
 
I diam je
 
Lepas tu dia cakap
 
"wehh nak satu roti telur"
 
-___-
 
Banyak lagi lah. I pernah lah sekali dua menangis sebab I takut I tak normal. hahaha Tapi entah macam mana start darjah 6 I shrink pulak. maybe sebab dah start menapak sana sini, melepak blablabla pastu dah kurang minum Milo kot. hahaha
 
Start high school lagi mengecut sampai XS gitchew. Tapi I memang takkan nampak kurus sebab I rangka besau kot.
 
Seriously I tak suka perkataan 'G' tu sampai sekarang. even sekarang I' m no longer XS tapi I tak pernah cakap perkataan tu. Lagi suka guna gaining weight ke, membesar ke blablabla. Macam trauma pulak.
 
Pastu ada jugak yang cakap anak anak I gemuk. ko dah kenapa? kalau my mom, pantang dia orang tegur budak macam tu, hilang selera makan katanya. Kita mak mak ni, bila anak tak selera makan, robek hati tau. makanlah apa you nak janji tak tahap obes.
 
So kesimpulannya, orang tu besau macam mana pun selagi dia tak mintak makanan kat awak, biarlahhh. dia bayo makanan dia sendiri, mak pak dia belikan makanan untuk dia, jaga diri sendiri sudah ye,
 
and pls ajar lah anak perkataan tu tak bagus. sangat tidak bagus. jangan terbiasar dengan perkataan gemuk, hitam, dan sebagainya. Entahlah, ada orang perkataan tu dah biasa sangat untuk dorang. Tapi yang pasti, manusia ni senang je. Dia kutuk fizikal orang pong pang pong pang semua boleh. Bila orang gurau kasar dengan dia start kecik hati, start melantun. Maka disitu mulanya pergaduhan. sebab tu lah lagi senang kita jaga tutur kata, tak gitchew?

Ohh masa zaman checkup pregnant Lihin di KKIA dulu, ada dua mommies ni. Sorang anak lelaki (chubby) sorang anak perempuan kurus. pastu yang mak kepada anak perempuan ni, dia tegurlah minum susu apa ? makan apa ? blablabla

Lepas tu tau dia cakap apa?

"gemuk sangat ni. nasib baik lelaki. Kalau perempuan habis takde orang nak nanti"

Yang Mak budak lelaki tu macam terkebil kebil. Eii geram pulak I. kalau anak I, nak je I jawab

"saya pun taknak menantu kurus kering macam anak awak"

kah . dah jom lah gaduh. hahahaha

Ala kurus ke chubby ke tak kisah janji tak menyusahkan orang okay. Dah jom makan

Nasi Lemak Ayam Goreng Crunchy sedappp oi
 

Comments

  1. Anak saya pun selalu pulak kena tegur sebab kurus sangat,..cakap mak malas bagi makanlah..Bila orang cakap macam2 ni, saya cuma lantak kau lah nak cakap apa pun..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ngn anak sy radhia. Selalu kena tegur sebab kurus

      Delete
  2. sedih nya kena buli masa kecik sebab gemuk.. Huhu...

    ReplyDelete
  3. Kalau kurus org ejek gak cicak Kubin. Memang x boleh nak puaskan hati semua org. So, be urself

    ReplyDelete
  4. gemuk tu bukan gemuk sampai mati pun -neeza,2017-

    ReplyDelete

Post a Comment