Random Thurday: 170817

Random Weekend | My Town and Ikea Cheras by MRT

 
Note: Sekarang 50% off so tambang I from Maluri-> Cochrane cuma RM 0.50 and tambang Mak (senior citizen)  RM 0.20
 
So last week I ada event di My Town. Tengah kelam kabut tu finally jumpa pun public transport ke sana. super easy okay, keluar keluar je dah sampai My Town.
 
Supposedly ada tunnel tapi belum siap. tapi takpe sebab betul betul dekat. Lintas jalan je
 
 
 
So last weekend I bawa Mak and Lihin pergi My Town. saja je heret dorang 'excercise' mata dan kaki di awal pagi.
 
Tinggi oi tangga. I dah laju turun, si Lihin pulak nangis nangis takut sebab escalator laju. so Nanny kenalah bawak dia turun tangga. Lift ada, tapi my mom takut naik lift sensorang.
 
 
 
 
Ikea Meatballs
 
Tak sah kan pergi Ikea kalau tak pekena meatballs. Early morning dah ramai orang. Demi meatballs terpaksa beratur. Lihin keluar tanpa minum/ makan. so dia macam abit cranky. Banyak jugak dia makan hari tu
 
 
 
Shopping
 
ala shopping lah sangat. My mom nak tengok rak/ cabinet. masuk Ikea macam biasalah asyik berangan bila nak ada rumah macam itu ini. Payah betul nak kawal Lihin. Asyik menyelit sini sana. Kalau ada geng habislah.
 
Memang tak senang tengok barang.
 

Berkenan pulak yang ni. Harga affordable tapi sana nak pasangkan -__-
 
Rumah I takde cabinet. Masa pindah ke situ, I sekolah lagi and I jarang betul amek tahu pasal renovation. I pun taktahu apa apa oi. Mak Abah kena tipu je oleh contractor tu. Duit mintak beribu ribu, kerja tak siap. dia kata barang belum beli lah, dah order lah, on the way lah lepas tu terus senyap.
 
 
And Mak Abah I pun diamkan diri. of course tak halalkan
 
Rumah kat Bukit Beruntung Chinese yang buat. cantik dan kemas. Yang rumah kat sini Melayu kita okay. My dad lah ni, kononnya Melayu kena tolong biz Melayu. Tapi tengoklah end up apa jadi. grrr
 
Sekarang I rasa geram pulak. Berani lah sesapa nak buli makpak I sekarang, siaplah ko aku keja kan. 


Disclaimer: Statement di atas tidak berniat perkauman ye. Memang ada Malay contractor yang baik. Nak buat macam mana terjumpa yang hampeh. Selain kami, ada jugak yang yang lain amek service dia and hampir kena tipu. Tapi dorang jenis garang garang. siap pergi ke rumah mamat tu lagi gertak itu ini. My dad kat sof spoken orangnya , tak reti marah -__-


Last visit to Ikea 1 year back, dia merengek nak patung kucing like jadahlah ko nak buat dengan anak patung kucing? Memang Ocin heret je dia ke kereta.
 
This time nasib lah tak mintak apa apa


 
My Town Family Room
 
Bagus My Town ni. I suka mall yang sediakan family room macam ni. Ada sesetengah diapers room/ nursing room hanya Mommies je boleh masuk. Ada je bapak bapak yang degil tapi its unfair for others. Kalau sorang seludup laki masuk, yang lain pun nak jugak.
 
Yeah I know. Bukan senang nak tukarkan diapers anak/ susukan semua. Kena ada someone yang tolong jugak.
 
 
See siap sediakan air panas lagi
 
 
 
My big baby tukar pampers.
 
Dalam Family Room ni ada 3 bilik. okay lah muat lah kalau sekeluarga nak masuk. Maybe mak boleh breastfeed anak and si bapak boleh tukar kan pampers yang besau. Kerjasama sangat tau
 
 
 
Okay thats all
 
End up that day I beli pinggan plastic, and tupperware je. Memang penat yakmat. Tapi puas hati lah sebab Lihin happy.
 
Next round nak try bawa Maira. But this time kena heret Atok. Dengan Maira jangan memain woo. Nampak macam manjaa gitchew, sekali dia kata taknak, maknanya tak nak. Kalau dia dah kata taknak jalan, maknanya dia akan bersila atas lantai . HAHAHAHA
 
 
Toodles, xoxo
 


Comments

  1. Nani pun masa MRT ni siap terus tengok dekat stesen mana boleh berhenti & dekat nak pergi Ikea. Hahahah! Dah mudah sangat kan, makin ramai lah ke Ikea lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Untungnye 20sen je rambang .. seronok jenjalan IKEA Kan. Leka jadinya

    ReplyDelete
  3. akak ni kalau kene naik lrt or mrt msti jakun, almaklum jarang2 sgt guna...

    lama tak pg ikea, rindu lak heheheh... aritu ada pi my town, tp mmg tak ramai sgt oorg, tak mcm ikea bkn mainm penuh org...

    pi ikea klu akak pun tak tau nk beli apa kadang, kadang2 pusing2 je lebih hahhaha...
    ni laki akak my town tu site dia, jd klu tingin nk apa2 kt ikea akak wassap gambo je suh dia beli hehehe...

    akak pun suke family room kt ikea, mudah nk urus anak... selesa mcm2 kemudahan ada...

    ReplyDelete

Post a Comment