Review 906 Hotel Melaka

Annebelle Creation | Movie Review

 
So last night I went for movie after work. You know, its nice to spend time with your girlfriend sometimes. By the way, this is not full review. I takmau jadi spoiler =p
 
Annebelle Creation
 
picture courtesy
 
 
Annebelle a.k.a Bee ni anak kepada pasangan Mullins. Bapak dia ni pembuat anak patung. So one day Bee kena langgar kereta and mati.
 
After 12 years, mereka invite sekumpulan anak yatim tinggal kat rumah dorang. Janice, Linda, Carol, Nancy  and another 2 girls . Tak ingat nama daa. Bersama dengan dorang ada Sister Charlotte.
 
Cerita bermula bila Janice sering diganggu oleh 'sesuatu' yang nakkan soul dia. Ha kesian budak ni, dia dahlah jalan bertongkat bagai. Ada pulak part part dia kena tarik/ seret kat lantai tu. Pastu budak kan, biasalah sifat curiousity tu tinggi. Dah pesan jangan masuk bilik tu, dia masuk jugak. Jangan bukak almari tempat simpan patung tu, dia bukaknya jugak.
 
picture courtesy
 
 
'Sesuatu' tu sebenarnya ialah roh jahat yang menyamar sebagai Bee. Lepas sorang, sorang mati. So nak tahu selanjutnya kenalah tengok okay. I taknak jadi spoiler kan. hahahaha
 
Seram Tak?
 
Ada dua scene yang I rasa seram and mindfuck I sampai sekarang.
 
1. Janice ni pakai tongkat so kalau nak turun naik tangga dia perlukan bantuan Stairs Lift tu. Ada part evil tu kejar dia . So kita pun tumpang gelabah sekali cepat lah Stairs Lift tu turun wehhh nanti tak sempat. Lepas tu dah turun pulak benda tu tetiba ada kat bawah. So dia naik atas. Then sekali tengok benda tu tunggu dia kat atas. Aduii. Ni I seram ni nak naik turun tangga.
 
2. Linda nak larikan diri dari Janice yang dirasuk. Korang tahu tak kalau kita nak tarik air dari perigi tu kan kita kena tarik baldi, ha something like that tapi ni kita letak diri kita and tarik tali tu guna tangan (macam nak memanjat tu). kira macam lift la
 
So time tu dia susah payah turun bawah, dalam gelap dia nampak ada darah bertompok tompok. sekali damn! benda tu kat bawah. so dia naik 'lift' tu lagi and susah payah tarik tali ke atas, benda tu tunggu dia kat atas. Gosh , mindfuck betul lah
 
Actually banyak scene menyeramkan/suspen. Bukan takat main terkejut terkejut tetiba muncul depan camera. Kita memang tahu hantu mungkin akan muncul, tapi tak sangka pulak hantu tunjuk muka/ muka bertukar ke apa ke. Memang bakal buat penoton nervous/ Memang berbaloi wehhh. Pergi tengok cepat
 
 
Bawak Baby Tengok Movie
 
Tengah layan dup dap dup dap, time konon bunyi menyeramkan tetiba dengar bunyi baby nangis. Time tu I thought dalam movie. Tak lama lepas tu bunyi lagi. Suara baby kecil tau, macam lagi kecik dari Ash -,-''
 
picture courtesy
 
 
2,3,4 kali jugaklah dengar. I thought I sorang dengar. Sekali dengar couple sebelah I cakap " someone bawa baby lah, and everyone thought it is in the movie hahahah"
 
kalau betul lah ada orang bawa baby, please lah masyarakat oi. Tu cerita hantu tau bukan cerita Emoji yang comel tu ke, Doraemon ke, Alvin Chipmunk ke. Tu cerita yang penuh dengan terkejut, bunyi yang kuat dan sebagainya. Tak sesuai okay untuk baby
 
Kawan I cakap, yelah orang ada babysitter ke letak anak kat Mak ke senanglah cakap lepas tu pergi tengok movie. Hamboi perli iolls ke? I bukannya selalu tengok movie pun. Masa Lihin Maira kecik, I memang JARANG tengok movie. rasa 1 movie je I taknak terlepas, Fast Furious. tu je kot. Yang lain I rasa tak berbaloi masa dan duit
 
Ramai je kawan kawan I yang balik kerja kejar anak kat babysitter tak sempat hang out. Weekend pulak tak sampai hati letak anak sana sini. So sampai anak dah 2,3 tahun ni tetap tak tengok wayang. Bukan apa, selain takde babysitter, dorang juga taknak susahkan orang lain dalam wayang. -,-
 
Hari tu tengok Spiderman pun ada budak macam besar sikit dari Ash dah terlompat lompat, buat bunyi dan sebagainya. Terus mak dia bawak keluar.
 
So kesimpulannya, selain fikirkan orang lain, sila fikir anak. Kesian telinga dia. Tunggu DVD or Astro kan boleh?
 
by the way ni ada tips bawa anak tengok horror movie (like seriously?!) cuba lah baca -,-''
 
 
The Narrator
 
I jarang dapat ni sebab selalunya I amek seat tepi. so berdua je lah. Semalam my colleague amek tengah tengah alam, memang syok nampak screen lebar tapi masalahnya kami dihimpit sebelah couple.
 
picture courtesy
 
 
Couple sebelah colleague I takut. Yang lelaki pun tutup muka, comel ja. hahaha Tapi couple sebelah I tu I bajet dorang baru couple HAHAHAH sebab mamat tu acah acah tahu semua benda. adoiyai.
 
"okay you see. after this the doll sure come out"
" I told ya, she not supposed to enter the room wehh"
"ohh I think after this that guy sure will come lah"
 
-,-'' serba tahu betul lah. semoga couple hingga ke Jannah.
 
Okay kesimpulannya cerita ni berbaloi untuk ditonton. 9/10
 
 
 
*notakaki: pssstt.. actually I baru tahu harga ticket berbeza untuk seat atas ke bawah. My colleague beli 'F' sebab RM 19. yang atas atas semua RM 21 =.=
 


Comments

  1. semoga couple hingga ke jannah
    haha
    nampak sangat annoying tapi baik hati ni siap doa
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. annoying sangat. sebab tu kata macam baru couple, semua nak tunjuk dia tahu -,-'' or maybe dia dah tengok ke

      Delete
  2. Bukan ke cite macam ni budak kecik tak boleh masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktahulah. maybe kalau tak strict sangat boleh lepas kot.

      Delete
  3. Apo pn alasan memang x sesuai kot nak bawak baby masuk wayang tgk citer seram. yang mamat acah acah tau semua tuh patut ketuk kepala dia jer..haha

    ReplyDelete
  4. amenda la bawak anak pi tgok wayang...kesian la...akak penakut so sure takkan pi tgok punya

    ReplyDelete
  5. Berani ni u tengok citer annebelle. Movie yg i x berani nak tengok..cerita seram berasaskan patung..nightmare wei!!

    ReplyDelete
  6. Annabelle ni P13 memang boleh bawak budak masuk rupanya,patutla ade baby dalam tu, mcm i, cerita2 hantu selalu tengok kat android box kat rumah je..tak takut sangat hehe..

    ReplyDelete
  7. akak tgk skit2 kt iklan pun dh tkt ni kan pulak nk tgk kt wayang yg luas lebar sekali ngn bunyi... mmg tak la...(almaklum akak penakut sgt)

    bg akak mmg tak sesuai nk tgk wayang ngn bwk baby, nk bwk biarla sesuai kan...

    ReplyDelete
  8. kalau bawa anak, better cari movie yang funny and comel2.. macam tak sesuai nak bawa dorang tengok movie horror..
    NEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  9. Baru baca sikit dah berdebar... Nak tengok takut... Kikiki...

    ReplyDelete
  10. Memang serem tengok Annabelle ada dalam bilik dengan budak tu. haha. betul bebudak punya curiosity memang tinggi, lagi halang lagi buat. huhue

    Yang bawak baby tu memang tak boleh belah. cerita seram kowt =="

    ReplyDelete
  11. Semua cakap best tapi Nani memang tak minat cerita horror. Haha. Cukup lah sekali dulu tengok the gallows lepas tu tak nak dah. Dia punya takut sampai nak tido pun teringat ingat lagi. Hahaha!

    ReplyDelete
  12. If you want your ex-girlfriend or ex-boyfriend to come crawling back to you on their knees (even if they're dating somebody else now) you gotta watch this video
    right away...

    (VIDEO) Win your ex back with TEXT messages?

    ReplyDelete

Post a Comment