Ash 1 Year Injection | Parenting

*MMR= Mumps. Measles, Rubella
(source: Google)

Holla
 
Ash dah masuk 1 tahun masa 11.08.2017 hari tu. Tapi previous checkup Dr Ong pesan datang lambat lambat sikit sebab nak mix dengan vaksin Chicken Pox.
 
 
 
MMR RM 100
Chicken Pox RM 160
 
(MMR dipecahkan kepada dua. 1st dose diambil masa 9 month. 2nd dose masa 12 month old)
 
Tapi last week time call tu dia kata out of stock. sad. Tapi I nak jumpa jugak Dr Ong sebab nak tanya pasal stool. hahaha jumpa semata mata nak tanya pasal taik anak kan
 
Last Monday I cuba nasib lah. tadaa. Doctor cakap stock baru sampai. Tu pun tak banyak. addudu tak faham lah kenapa ubat boleh takde stock. Tapi I malas nak tanya lebih lebih kang dia bukak segala fakta perubatan kang, pening I. hahaha
 
Berat Ash 9.1kg
 
Normal weight for 1 year old baby boy; 9.5kg. So still consider as average
 
Hadoi berjaya ke tak dukung dia pusing Langkawi nanti? Ha tu kena nantikan update selanjutnya. kahkah. Dahlah dia taknak kat Ocin. pastu takkan I nak biarkan dia melekat kat Atok Nanny. Stroller pun dia taknak. Sapa lagi kalau bukan I yang kena dukung. HUWAAA
 
Panjang dia berapa entah semalam. Tapi average jugaklah. Yelah I dengan Ocin tak berapa tinggi so anak pun selalu dapat 'average' je . kahkah
 
I cakaplah kat doctor pasal Ash ni kalau makan nasi, mesti stool dia lain macam. Kalau ikut bahasa Nanny, macam taik kambing. Tapi Dr Ong tahu ke taik kambing macam mana. aduhduh Mak ni pun hahahah.
 
Terus doctor keluarkan stool chart. caitt , taik pun ada chart rupanya.
 

 
 
According to Dr Ong, Ash still consider normal cuma kena bagi banyak buah-buahan dan air. Memang kami jarang bagi buah pun. hiks. kalau constipation maknanya dia berak selang 2,3 hari. Oooo baru tahu
 
Okay dah check demam , tekak, paru paru semua okay. Bolehlah cucuk. tapi Chicken Pox pulak habis. adoi. Tapi yang tu tak kisah. Dah besar pun boleh. I pun tak ingat Lihin and Gegirl dah cucuk ke belum. Doctor kata penting tu lagi lagi kalau dah nak masuik nursery/ preschool. Okay so kita check Lihin dulu lah nanti ye.
 


 
 
Okay thats all. Sayang Ash. dah besau jaga Mommy ye.
 
Toodles, xoxo

Comments

  1. happy belated first birthday Ash. comel je Ash kena check dgn Dr.Ong. :)

    ReplyDelete
  2. Cici... I pun sama kes sini. Asyik habis stok je... Nanti share okay pasal Langkawi, I pun ada plan nak bawa Sofia gi Langkawi ni... Huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment