Birthday Dinner | Super Fresh Seafood di KL Seafood Market

Sempena Ash 1st Birthday & Atok 70th Birthday, kami decide untuk makan Super Fresh Seafood di KL Seafood Market. Environment kat sini best, sesuai lah nak buat family dinner. Korang nak beromantika pun sesuai je
 
 
 
Actually masa datang, around 7pm macam tak ramai orang. So I abit awkward lah. Anak I dah lah bercakap macam bergaduh -,- dengan Maira kelentang kelentung. Segan oi. HAHAHAH
 
The Food
 
Actually kami dah kenyang, ingatkan nak makan Dim Sum macam I buat review hari tu sekali tu untuk lunch je daa. nasib lah I tak bagi salah info kat korang kan. HAHAHAH. so kita amek seafood
 
Tiger Prawn Salted Pepper
Crab Butter Milk
Crab Fried Rice
Bread
Mango Puding
 

I minta suggestion yang tak pedas. So Encik Masri cakap Buttermilk ni memang jadi pilihan sebab tak pedas langsung (obviously). Prawn tu pulak ada rasa pedas sikit. Ala Lihin boleh telan jugak. so okaylah. dia siap ratah lagi



complimentary from Encik Masri. Thank you so much for the hospitality

Kenyang teramat sangat!
 
Actually Ocin datang lambat sebab dia tertido kat Damansara. Boleh kau lupa family dinner? I call sampai 33x, finally dia bangun. Nasib sempat. Tak jauh pun Damansara- Lake Garden.
 
Honestlty I tak pandai bukak ketam.HAHAHAH. actually kat rumah pun I memang tak reti, kena tunggu makpak I bukakkan. So time tu my dad dengan Lihin enjoy the ketams lah. sonok korang kan
 
My mom suap Ash sikit sikit. Kemain birthday budak setahun dapat makan seafood.
 
signboar banyak kat lift so korang takkan sesat

Time ni tak ramai lagi. after 8pm macam tu crowd mula sampai and mostly family yang nak sambut birthday siap ada kek. (kami takde kek, hahahah).
 
But still , tak rasa sesak sebab restoran ni memang besau wehh. walaupun budak meja sana kelentang kelentung, budak meja sinun pong pang tapi takkan menganggu. 


His first seafood I guess. Risau juga allergic ke apa, tapi takde apa apa. super baby.
 
Btw meja kami nampak kosong, tiap kali pergi makan seafood mesti kami yang paling kosong hahaha. Tapi kenyang sangat siap tapau bawak balik. 





Anak anak I hantu buah. Berebut nak buah tembikai tu ha -,-'' btw thanks again ya for the complimentary fruits.
 


 
I just had to post this because its too cute. HAHAHAH
 
 
 

So Happy Birthday untuk satu satunya lelaki yang tak pernah buat akak nangis, yang tak pernah tinggalkan akak. Terima kasih jadi Atok yang terbaik, Abah yang paling best dalam dunia. My forever hero.
 
Dear Ash, thanks sebab ikut dagu Mommy. hahahahha. And thanks sebab sayang Mommy ( dia sangat memilih orang. Cuma nak Nanny, Atok and Mommy. Trust me, Ocin pun dia taknak. Nampak je dia nyorok. Maybe sebab Ocin pernah cakap dia tak hensem time dia botak dulu kahkahkah)
 
Semoga membesar dengan cemerlang, gemilang and terbilang ;D Lihin jadi Pilot, Maira kerja Doctor, nanti Ash kerja office hour je lah ye. Teman Mommy. hahahaha
 
Toodles, xoxo


Comments

  1. Alahai... ucapan last tu. Dah pilih siap-siap eh siapa kerja apa. Happy birthday Ash dan atuknya. Beza sehari je kan. Seronok celebrate sama2. Birthday sofia dgn papa dia seminggu pun nak sambut sama gak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha biasalah mak mak. zaman dulu mesti nak kena jadi doc/cikgu dan sebagainya. zaman sekarang apa apa lah. tapi kan, Lihin cakap nak jadi polis traffic . okay lah jugak sbb uniform putih mcm pilot kan. hahaha

      Delete

Post a Comment