Mohonlah Kepada Allah, Dia Amat Dekat Dengan Kita | PPZTV

Baru baru ni kalau korang perasan, status I semua quote sedih sedih. Entahlah rasa down tiba
tiba. Rasa hati yang tak tenteram. Rasa kehilangan sesuatu.
 
Dalam sedih sedih nampak pulak video ni lalu kat newsfeed FB
Allah!
 
 
 
Rasa sangat terkesan. Setiap ayat ustaz tu rasa menusuk ke hati.
 
Mohonlah kepada Allah, Dia amat dekat dengan kita
 
 
 
Bila kita nak sesuatu tu, kita selalu cakap dah usaha untuk mendapatkannya. Tapi ramai
terlupa untuk memohon pada Allah. Terlupa bahawa kita hanya mampu berusaha dan
merancang, Allah yang tentukan segalanya.
 
Ramai yang anggap memohon kepada Allah merupakan jalan terakhir. Kira dah mati akal dan
takde jalan usaha lagi dah. Salah sebenarnya , sebabnya usaha dan doa ialah seiring.
 
Zaman ni dah ramai yang mengabaikan doa dan mohon kepada Allah. Sebabnya ramai yang
lebih suka memohon dan berdoa di social media. Yelah kekadang I pun alpa. Bila bersedih,
bila rasa kehilangan, mula lah nak post quote sedih kat IG dan FB. Konon sebagai penguat
semangat. Terlupa sebenarnya sebaik baiknya mohon kepada Allah. Dia Maha Mendengar.
post kat social media tak dapat apa. silap silap jadi bahan ejekan dan kecaman je.

 
Allah tak mintak banyak pun. Cuma dia minta kita tunaikan perintahNya.  Betapa sayangnya
Allah pada kita. Syarat yang diberi amatlah mudah, cuma terpulang pada kita, nak atau
taknak je. Rajin atau malas je.
 
Percaya pada Allah, ikut segala perintahNya. Insya Allah segala permintaan kita akan
dikabulkan.
 
Okay sedih pulak pagi pagi ni. Benda yang nampak simple ni pun boleh buat kita lalai. Tiba-
tiba rasa macam nak delete je semua status mengarut ngarut di social media
And actually I baru tahu wujudnya PPZTV ni, satu channel youtube yang ada banyak video
best uolls. Banyak video yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita dan juga
kemasyarakatan. Jom subscribe ramai-ramai. , mana tahu ada yang boleh menjawab
persoalan atau kemusykilan korang berkaitan hal agama. Banyak ilmu dan manfaat yang
boleh dikongsi bersama daripada channel ni. Boleh juga rajin rajin share di social media. 
 
Okay till here. semoga bermanfaat ye :)
 
Toodles, xoxo

Comments

  1. Tq for sharing this Cici. I pun baru tau ni ada channel youtube. I pun kadang selalu gak bila sofia xtido and i penat, i post kat ig. Padahal doa jela kan.. minta Allah tlg kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bash, awalnya bangunnnn. hahaha yela babe, sekarang penat je nak luahkan je capai hp. takpun blog=p hehehe

      jangan lupa subscribe tau babe

      Delete
  2. Be strong dear. Usah bersedih bila ada satu pintu yang tertutup dalam hidup kita, akan ada pula pintu lain yang bakal di bukakan untuk kita. Yang jauh lebih baik & lebih indah. Just kita je kena yakin & percaya :)


    Btw tqq sharing channel ni, kita pulak suka tengok hadith open mic (yang ni kat astro oasis, youtube ada cket2 je), santai & cara perkongsian program ni pun sangat terkesan di hati. Ada masa nanti try ushar2 :) Neway, doa banyak2 k & mintak yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Cici, I selalu pegang pada kata kata ni "minta dariipada Dia sebab semuanya milik Dia." Tapi tu lah, kadang kadang bila kita dah usaha tapi kalau bukan milik kita, tak dapat jugak kan. Percaya dan yakin aje selalu yang Dia sentiasa ada perancangan terbaik untuk kita. Jangan sedih okayy!

    ReplyDelete
  4. Rabbi assir wala tuassir, rabbi tahmim bil khoir.
    Tiada apa di bumi dan akhirat ini akan terjadi, kecuali dengan keizinan Allah.

    mek pun cam tu gak babe. cari qoutes kononnya. tapi lupa doa kepada Allah lebih tenang dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...suka sangat baca entry yang kali ini. So true my dear..selalu sangat merintih merayu share masalah kat social media is not good. Unless your circle of friends yang memang betul2 closed. Kalau tak memang jadi bahan juga nanti. Sebab yang baca and judge sama-sama lemah. Yang KUAT hanya ALLAH SWT. So yes! keep make a dua. I baru tahu pasal PPZTV tu. Dah dengar...best!

    ReplyDelete
  6. Are you looking for free Facebook Followers and Likes?
    Did you know that you can get these AUTOMATICALLY & TOTALLY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Post a Comment