The Parenthood Sunway Putra Mall | Whole Day Fun

Cuti sekolah dah datang. Memang syok lah kalau bawak anak anak pergi indoor playground kan. Salah satu indoor playground yang I suggest ialah The Parenthood Sunway Putra Mall | Whole Day Fun
 
 
I datang dalam 11am masa tu tak ramai orang. Kebetulan ada birthday party kot kat dalam tu so kebanyakkanya anak omputeh and budak budak Int School gitchew. accent dorang fuhh, segan Aunty tauu
 
 
Masuk masuk je dia dah berkenan dengan gelongsor bola ni. Alaa masa kecik I pun suka. and kalau boleh I pun nak terjun sekali. Hahahhaa. over tau.
 

I berkenan betul dengan gelongsor ni. I pun naik jugak tau hahaha masalahnya awkward bebenor. I je Mommy yang jadi kanak kanak ribena kat dalam tu. kahkah. Awkward okay. Dah petang sikit tu ada jugak lah Mak Mak lain jadi mangsa . 



bagus jugak benda ni kalau ada kat rumah. Boleh belajor mengira 


 
 
 
Trust me, I naik gelongsor ni oii. Gegirl punya pasal lah ni


Lihin nak naik gelongsor ni, tapi cara naik tu agak payah sikit. Terbelit belit Lihin. Maira lagi lah jangan harap.


See, susahkan. Dia tak boleh nak pijak kat tali biru tu, sebab stretchable. Nak berpaut pun tak boleh. Kena cuba berpijak dan berpaut kat besi putih tepi tu. Tapi agak payah lah untuk dia, lagipun kaki dia tak berapa panjang kan. HAHAHAH.
 
Tak ramai pun yang naik gelongsor ni. Kalau ada pun, dorang merangkak dalam gelongsor tu je. I tak berkenan kalau anak I buat. Nanti terbiasa kat taman permainan kang. So takpe, next time kita datang and aim for that ya
 


 
 
Nanny tengah mencari jalan penyelesaian macam mana Lihin nak panjat ke atas. hahaha Mommy dah give up dah.


 
Leka Maira main benda ni. Rugi pulak bayo tiket mahal mahal tapi hadap benda ni kan hahaha. tapi baguslah kalau dia ada sediakan section untuk budak yang takut main gelongsor. At least, ada benda yang melekakan.
 






Kemain ber- boxing. Lepas geram ke sayang?


 
 Ada section buku-buku. I ada jumpa 1 buku komik cintan cintun sesat. Hamboi hahaha.
 
 
I tengah mengajar bebudak ni nama nama buah. Tetiba ada kids lain datang. I terus stop. Segan pulak I nak jadi cikgu , hiks.

 



 
Pfftt. Benda ni jugak yang dicarinya.
 
My cousin ada kereta ni (apa entah namanya). Berebut dorang nak naik. Kat sini ada 3 kereta tu. Tu pun sampai berebut
 
Lihin ni jenis tak reti melawan. So ada sekali tu dia naik, jauh dari kami tetiba tengok budak lain dah naik -___- dia kat tepi menangis. My Mom pujuk je lah suruh main benda lain
 
Tak lama lepas tu, dia naik lagi. I charge handphone kat tepi sambil jaga Maira. Mak I jaga Lihin. Ada budak datang
 
"wehh tepi aku nak naik"
 
Lihin macam nak bangun, tapi muka nak nangis. My mom datang dekat and tanya kenapa. Budak tu punya berani tak heran. Dia nak tarik kereta tu jugak. My mom bersuara lah
 
"eh kan dia tengah main kenapa main tarik tarik pulak. Tunggulah turn awak"
 
baru budak tu pergi. aiyoo tiap kali main kat indoor playground macam ni lah. Menyesal pulak I tak ajar Lihin bertumbuk =.=
 
 

kat rumah berani lah bertumbuk dengan Gegirl. kat luar asyik nangis kena buli


Ada PS4 oii. Ni kalau Ocin ada ni syok lah dia. Rasanya kalau nak main kena bagitahu counter kot. Tapi takde orang main pun semua dok layan gelongsor je.
 
Sambil nunggu anak main/ menyusu, ramai kaum bapak tengok kartun kat sini. hahahah sabau je lah



tu bukan Ocin tau. laki sapa entah hahaha sorry la, jadi model jap ye
 
Yang ni kat belah belakang, belakang gelongsor merah tu. Tapi hari tu takde budak pun duduk sini, maybe sebab tak ramai orang sangat kan.
 

 
 
Overall, we had a really good time. Whole day kat sini 11am-6pm memang buat kids kepenatan, Mommy dengan Nanny pun nak pengsan. Tapi sesekali kan
 
Tak silap I, rate weekend RM 50 (2-12years old). Tapi boleh keluar masuk lah. Kira memang tak rugi lah tapi korang kena breakfast ,lunch dinner bagai kat sini. Kalau 8 years above boleh drop je and pergi shopping. Tapi seeloknya pantau lah kot T_T
 
So maybe boleh bawak anak anak/ anak buah / adik adik weekend ni?
 
 
Toodles, xoxo


Comments

  1. Eh....tak ramai orang pulak kat sini erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah SA, tempat ni tak crowded la , maybe sebab bayaran nya pun sikit mahal dari tempat lain..

      Delete
  2. parentshood ni best.. so far saya berpuas hati la datang sini...

    ReplyDelete
  3. hari tu adik ipar ada masuk sini bwk anak2 dia...rate tu harga utk kids saja ke, kalau adult masuk macam mana ye harga dia?
    pastu makanan kita boleh bawak masuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah untuk kids je 2-12 untuk weekend. weekdays tak ingat, rm45 kot. adult free. setiap kids yang masuk mesti ditemani sorang adult. makanan minuman tak boleh bawak tapi ada je yang bawa curi curi. sambil teman anak sambil suap roti. dorang tak check bag pun

      Delete
  4. haha. bestnya. Best giler tempat ni. Sama kita time kecik-kecik selalu berangan nak masuk gelongsor bola tu. Rasa happening sangat feeling dia , tapi tak pernah dapat masuk. Kadang terbawak-bawak sampai dah besar. Masuk dengan anak je lah nanti . hihi

    ReplyDelete
  5. Teringin nk masuk Parenthood ni just belum kesempatan. Ingat nk bawak anak-anak I bulan depan. X silap, dekat groupon/fave, ada coupon untuk masuk Parenthood ni. Murah sikit la.

    ReplyDelete
  6. There is a chance you are eligible to receive a Sony PS4.

    ReplyDelete
  7. There is SHOCKING news in the sports betting industry.

    It's been said that any bettor needs to look at this,

    Watch this now or stop placing bets on sports...

    Sports Cash System - Robotic Sports Betting Software

    ReplyDelete

Post a Comment