Review 906 Hotel Melaka

My Virgin Flight Story

 Boleh pulak cerita virgin flight kan? hahaha Yes, ni kali pertama naik kapal terbang. Dah lah I yang kena buat semua benda so I agak blur blur. yang banyak tolong I ; Dina and Clement. Ada jugak lah I Google tapi tetap nervous. Lagi lagi bawak budak kecik. boleh ke oii?
 
yang kecik tengah tak jadi bawak. kete tak muat. hahahhaa

err ni cleanser I tau. huduh benau. kahkah

siap sedia segala kemungkinan
 
 
Kadar Parking Di KLIA2
 
So flight kami 3.05pm tapi kami sampai 12pm. Ramai suruh pergi awal plus ada luggage nak check in kan. Sampai je parking. Yes kami decide untuk drive sendiri daripada public transport sebab I rasa lagi jimat
 
not bad
I paling seram bab Luggage Tag sebab I dah request print online sekali dengan Boarding Pass. Sekali I tengah busy buat kerja, dia auto closed ( session expired). So gelabah lah I. siap email Air Asia bagai
 
Kawan I pun kata Luggage Tag tu boleh print di sana sebab ada kiosk. Lagipun kalau print sendiri tak guna sebab dia nak yang sticker.
 
Sampai sana, semua senang je uolls. My parents ada luggage so dorang kena check in semua. Ocin, I and kids terus je masuk. Sediakan IC okay. Mula mula I tak tahu so tak pepasal terkial-kial keluarkan IC/ Mykid semua
 
Depature Time
 
Time dorang tanya gate berapa, I pun blur. -,-'' Lepas tu dia suruh tengok kat skrin ni. Oh sini rupanya.
 
 
Besau Gila KLIA2
 
Haah memang besau. Tapi actually ada je signage. Tapi for first timer macam I , tercangak jugak lah mencari 
 
 
 
Boarding
 
Sementara menunggu, memang merimaskan lagi lagi kalau ada budak. Dalam tu ada kedai makan tapi kami masih kenyang lagi. Nasib I ada snack and bawak buku. So bebudak tu excited. Ocin bukakkan Youtube, bertambah lah excited. Kalau tak, nak berlarian je kejenya.
 
 
Ada diaper changing room boleh tukar pampers, sediakan susu panas blablabla. I memang kalau boleh taknak tukarkan pampers Ash dalam flight. I taknak berdiri pun. gua gayat oii. Macam mana la boleh simpan hasrat nak jadi pramugari satu ketika dahulu
 
 
Bila dah sampai waktu boarding, dorang bukak gate and kena lalu lagi pemeriksaan. Check Boarding Pass and IC macam biasalah. Lepas tu kena tunggu lagi. Time tu kids dah excited sebab dah boleh nampak flight. Tapi I tak amek gambar sebab I seram sejuk dah. kahkah ko boleh rasa nak demam terus. Kenapalah time first time gua nak naik flight time tu lah cuaca macam ni
 
 
I memang sangat berdebar sebab Ash ni sensitive plus takut orang. Bukan senang nak tenangkan dia okay. Kalau nangis , sampai nak terkeluar anak tekak. Eh actually 3 ketul tu sama je. Tapi he just a baby, dia taktahu apa apa pun . Kita marah pun dia tak paham
 
I dah prepare macam macam jajan, susu Ash, video, gambar, buku cerita. hahaha complete macam nak pergi journey 4 jam je. Agaknya kalau pergi oversea, handcarry I penuh dengan jajan dorang je lah
 

 
Kan cuaca tak elok. so daripada masuk flight tu, sampailah 5pm baru gerak. 2jam jugak lah. Flight duk berpusing pusing tapi tak naik naik sebab tunggu signal katanya. Hujan lebat time tu. I dah bagi Ash susu and dia terus tidur. I dok tepuk je dia , doa janganlah bangun sebelum flight gerak. Susu pun habis dah. Nasib dia tidur all the wayy. wehuu
 
Maira sangat menduga kesabaran. Main bukak tutup tingkap. Ya Rabbi. and dia kan tak boleh ditengking. Selagi tak dapat tumbuk orang yang tengking dia, memang dia ngamuk je.
 
So Ocin marah lah Gegirl sebab taknak duduk diam. Gegirl jerit jerit sebab nak tumbuk apak dia tak sampai. hadoi bingit betoi.
 
Tapi ada 1 family ni lagi kesian. Paling kesian of coz kat Mak dia. Anak dia nangis non stop dari flight belum gerak lagi. Maybe sakit perut kot. siap dengan muntah bagai. 

nanti dah besar sikit Mommy denda! hahaha
 
Perasaan? weh takutt. I memang pengecut. Naik kereta pun selalu I bebel bebel. Rasa kecut je perut bila bawak lelaju. Motor jangan cerita lah, siap tutup mata lagi. adoi
 
Time langgar awan tu, adoi boleh rasa gegarannya. Turbulance. Adoi macam macam doa I baca sambil peluk Ash. kejap kejap ada announcement. I siap bebel lagi kenapalah first flight cenggini. hahaah
 
Safely Arried!
 
Time ni Ya Rabbi Tuhan je lah yang tau. Tapi I memang betul betul rasa seram sejuk menggigil. Bersyukur plus bangga dengan diri sendiri, at least I learnt something new gitchew.
 

Nak turun pun satu hal jugak nak nak beratur. dengan bawak budak lagi. err I tengok handcarry orang besau besau je. Yelah orang dah biasa naik kan.
 
Kan ada masa kena buat flight mode,ada masa kena off terus. I tengok ramai je yang on , tengok video lah apa lah. I ni memang jenis ikut peraturan *flipshair* selalu gaduh dengan Ocin, time isi minyak suka tak tutup enjin. haiyoo.
 
*dulu I pernah join driving class, Abang yang fetch kami pun tak tutup enjin. see bagi contoh tak elok la brader tu. hahaha. Macam mana boleh kerja driving school ni




So suka tak naik flight? TAK! HAHAHA serious I tabik pada frequent flyer. Yelah I tau nak mati , kat mana mana pun boleh mati. Tapi ni I kecut perut oiii.
 
Next update pasal aktiviti kami ye. Tak sempat cover banyak tempat kot
 

 
 
 
Toodles, xoxo


Comments

  1. Hehehe... Tahniah, Cici! I tau bukan senang bawak baby naik flight... Good job to Ash! Enjoy your trip!

    ReplyDelete
  2. tak sangka penakut jgk mama si 3 beradik nih... selama ni tgk dia hepi2 rupanya ada yg dia takut jgk heheheh... yelah dik 1st time kan, pastu ngn bwk 3 beradik tu lg, utk yg mula2 mmg rasa gitu bila naik kli ke 2... 3 n seterusnya insyallah rilex je rasa

    ReplyDelete
  3. hmmm samala dgn aku. takut naik flight. next trip nak duduk dlm flight 7-8 jam. lagilah dah tak senang duduk ni T____T

    ReplyDelete
  4. Ever wanted to get free Twitter Followers?
    Did you know you can get these ON AUTOPILOT AND ABSOLUTELY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

    ReplyDelete
  5. Join EverydayFamily now and you will get stage by stage pregnancy and baby newsletters, promotions and coupon alerts as well as a wide range of free baby samples, coupons, baby magazines and more.

    New Members are Entered to Win Free Diapers for a Entire Year!

    ReplyDelete

Post a Comment