2017- Tahun Kesedihan | Random

Chasing The Dragon | Movie Review

Sapa peminat cerita kungfu kat sini?
 
 
 
Hari tu I tengok Chasing The Dragon tau. Main reason dia ialah sebab pelakon dia memang best gila; Andy Lau dan Donnie Yen. Sapa tak minat dorang ni woi, sapa yang suka cerita kungfu memang wajib tau pasal dorang ni
 
Cerita bermula apabila Ho (Donnie Yen) illegaly migrate ke Hong Kong dan mula bisnes underground dia. Ha bisnes apa tu? Jadi drug dealer lah uolls. Dia ni asalnya orang miskin yang selalu ada masalah duit, boleh jadi seorang yang kaya raya dan dihormati. Nampak tak betapa besar pengaruh duit kat situ. Orang baik boleh transform jadi ruthless
 
Hong Kong ni negara kononialisme British. Kiranya semua orang termasuk dalam pasukan polis memang tunduk dengan orang British lah. Si Ho ni bertemu dengan Lee Rock ( Andy Lau) yang juga seorang pegawai polis.
 
pic courtesy
 
Lee Rock ni memang kagum dengan Ho dan banyak memberi bantuan. Kira dorang ni jadi bestfriend and saling membantu. Punya lah hebat kuasa dorang ni sampaikan boleh menguasai seluruh Hong Kong. Kira masing-masing ada kawasan jajahan masing-masing lah.
 
Walaupun dorang rapat dan nampak sering bekerjasama, tapi mereka berdua ni sebenarnya sering bersaing bagi menjaga kuasa dan rahsia masing-masing.
 
Ha nak tahu apa rahsia tu, macam mana dorang bersaing, korang kenalah tengok sendiri okay
 
 
 
I memang amazed sangat dengan film ni. Sebab plot dia yang best, bukan macam typical kungfu movie. Kita akan sentiasa tertanya tanya apa akan jadi next. Memang tak boleh nak main teka teka lah
 
Andy Lau dengan Donnie Yen ni masing-masing ada kekuatan sendiri. Andy Lau tu dah berumur tapi watak yang dia bawak memang sangat cool. Suka gaya dia yang bersahaja kat dalam movie ni. Dia bukan seorang yang kelam kabut buat keputusan dan tak cepat melatah
 
Ada banyak unexpected scene dalam movie ni, so korang wajib serbu panggung okay.
 
Toodles, xoxo
 

Comments

Post a Comment