Muzium Coklat Kota Damansara

Klinik Pergigian Medini Ampang

I dah tak tertanggung sakit gigi. Gigi berlubang ke wisdom teeth ke ah lantak I decide nak pergi jugak dentist semalam
 
Mula-mula I nak pergi somewhere in Pandan Mewah, tapi kena tukar 2x bus. So I Google la yang area Ampang Point. senang, direct bus dari rumah je. Review semua bagus. Katanya dari sakit jadi tak sakit, doc friendly. Okay I wonder. Tapi tengok IG bukan main hispter. Selebriti pun ramai datang sini
 

 
 
I patient yang pertama tau. Gigih konon. Actually I yakin sangat gigi I berlubang dan perlu ditampal. Gila kauu seminggu I makan panadol and letak clove oil ja.
 
Tengah sakit sakit I amazed jugaklah dengan environment klinik ni. Nampak cool sangat macam tempat lepak je. Hispturr
 

 
 
Bila nama I dipanggil, ha dah start dup dap tapi I acah acah cool. sekali masuk je bilik taraa dia suruh I baring kat kerusi. I macam shut! sorang doc dengan dua assistant. masing masing pakai face mask tu. aduh lagi lah I seram
 
Bila I cakap dah seminggu tahan, doc kata "la Puan, apesal laama sangat tahan?"
 
Dia kata ni bukan pasal berlubang tapi pasal wisdom teeth. So kena buat minor surgery sebab DAH bernanah. I terus pandang doctor. Doc boleh sengih. I taktahu betul ke tak dah nanah =.=
 
I tanya "takde cara lain ke doc?"  doc kata takde, that is the only way. aduhh
 
Lepas tu dia suggest untuk XRAY so dia boleh explain detail. Siap bagitahu harga lagi. okay bagus
 
Assistant sorang lelaki dan sorang perempuan. Yang perempuan minta lelaki tu keluar, so I lagi selesa untuk bukak tudung.
 
Mesin XRAY dia macam robot, boleh bercakap. kahkah. Yelah I ada experienced XRAY kat spital Ampang dulu, mesin dia diam je.Ni boleh pulak bercakap bagitahu tengah process image lah, now can open your eyes lah. Teruja I tau
 
*maybe ni lah sebab I mimpi tu*
 
so masuk bilik doctor, dia pun explain. Wisdom teeth I tumbuh senget dan menyebabkan ada lubang in between Molar tooth and
Katanya gigi depan I ada lubang kat belah belakang (hodoh betul) so kena buat root canal.
 
Kenapa Kena Buat Root Canal
 
 Sebab sekarang ni tempat lubang tu jadi laluan kuman keluar masuk sampai ke akar. Once doc filling tempat tu, nanti kuman akan stuck kat situ, dan mengakibat kan sakit gigi. Jadi doctor kena mati kan gigi tu. Keluarkan saraf semua dan baru tampal lubang.
 
Lepas matikan gigi, warna akan berubah jadi kecoklatan. Jadi kena buat crown
 
Okay I angguk faham. Doctor jugak advise I untuk buat scalling. Gigi I kan tak berapa cantik warnanya tapi tu lah I gosok gigi dari kecik okay =.='' Doctor cakap gusi tak sihat sebab tu warna gigi tak cantik. Berus gigi je tak cukup. Kena buat segala rawatan yang ada.
 
Hurmm okay faham
 
Tapi conversation semalam memang kelakar. Betapa sabarnya doctor tu melayan kerenah and soalan I. Macam budak kecik pulak.
 
 
 
Tapi Dr Abdullah ni, cara dia cakap so calming. Actually I doa dapat doc perempuan. Sebab I nak someone yang lemah lembut. Tapi takpelah, Dr Abdullah ni, dia cakap pun lemah lembut so kira okay lah. Kang kalau doc ganas, cakap tengking tengking terganggu pulak emosi I hahaha
 
Doc siap cakap kalau cabut boleh dapat 2 hari MC. hahaha comel la doc ni. rasa takut I mengatasi segalanya okay
 
Kalau baca review di FB pun, ramai puji doc ni tau.
 
The price quite affordable lah. Pada I, rawatan gigi memang mahal. So harga macam ni dah kira okay kot. Terjojol jugaklah bijik mata I tengok hahahah. Habislah duit staycation I T_T
 

 
I mintak masa berfikir. Doc pun okay suruh I prepare mental (and poket).
 
Sumpah I stress sangat. Kesian Lihin jadi mangsa. Balik tu , dia nak makan McD. Tapi budak kan, ada lah tahap cranky dia tetiba nak lori la askar lah apa lah. I marah marah dia.

sorry Lihin :(
 
 
Guess what, I nap lah tengahari tu. Siap mimpi lagi. I kena kejar dengan dua robot gigi (refer to that XRAY machine), robot tu besar gila. I lari sekuat hati turun escalator. Memang mengah la bertingkat tingkat robot tu kejar I. oh ada dua robot pulak, sekor jantan sekor betina.
 
Bila bangun, kaki I lenguh benau. Nampak tak betapa stressnya I siap mimpi bagai
 
I ada habit akan google experience orang. Shut, I shouldnt do that. Lagi stress I. Ada yang sakit berdenyut, yang bleeding, yang swollen. huwaa lagi mindfuck I tau tak
 
Okay lah. so I tengah mentally prepared la ni. Taktahu la berapa lama sebab honestly I memang taknak buat. Cuma I takut jadi lebih teruk. Kalau ikut pengalaman orang, berbeza beza. Ada yang menyesal buat, ada yang tak

 
Serious woo. I tunggu waktu melahirkan pun tak stress macam ni -,- memang ada gundah gulana, "hidup lagi ke tak lepas ni? Lepas ke tak meneran ni?Kalau Tuhan tarik nyawa dalam labor room, sapa nak jaga anak ?' tapi takde lah stress sampai mimpi mimpi
 
Bab potong gusi ni, tak pernah terlintas oleh akal tau. pehal duh nak potong gusi. -,-
. So sekarang I memang berdoa siang malam.

Btw korang kalau mencari doc gigi yang bagus, good review boleh try Klinik Pergigian Medini Ampang. Sebab the way doctor dia very calming, I think will definitely come back for treatment . Ha gitchew.

FB: Klinik Pergigian Medini Ampang

IG: Klinik Pergigian Medini Ampang

Address:

Klinik Pergigian Medini
No 83A Lorong Memanda 1, Ampang Point
Ampang, Kuala Lumpur 68000

Tel:

03-4251 9095
 
Website:
 


pic courtesy: FB

 

Comments

  1. Bw sini, eeee seramnya, akak pernah buat crown n proses nak buat bracess (ejaan?) .. dah bayar deposit ribu2 juga, lpas buat crown n matikan akar, x mo dah,.. x tahan sakittt, x pa x payah cantik la... hangus gitu je deposit tuh... waaaa

    ReplyDelete
  2. mak aihh.. baca pun memang dah seram part nak cabut sampai akar tu. err.. mujur doc dia jenis soft spoken kan. huhue

    ReplyDelete
  3. i baca ni terasa ngilu.,,tetapi tetap tersenyum bila u mimpi kena kejar robot sebab xray dengan robot boleh bercakap tu kan..heheheh...lawaklah u bee...apapun take care ya..moga semuanya baik2 je.n u kembali sihat..pretty mommy always become pretty takpe sakit kejap lepas tu u cantik balik..nanti u dah cantik kan gigi u,lagilah u macam minah korea,,dah lah putih gebu,mata bulat,suara pun sengau-sengau manja..aww..haha gigi pula bersih..mesti si ocin risau giler nak biar u jalan sorang-sorang sebab bini dia macam anak daras ok walaupun anak tiga...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment