Muzium Coklat Kota Damansara

Malibest Beach Resort Langkawi

Ada sesiapa berangan nak duduk di chalet betul betul menghadap laut? bukak pintu je terus nampak laut. aduhh
 
 
ha hari tu I stay di Malibest Beach Resort. Honestly, I book resort ni setiap tahun. Book dan cancel sebab tak jadi pergi Langkawi. hahhaha. Memang teringin sangat lah nak pergi.
 
Sampai sampai I agak terkejut. Oh tengah construction rupanya. Time tu baru lepas hujan. So 2 x kami pusing cari parking, sumbat jelah kereta tepi jalan tu. Then berjalan heret bag ke reception
 

Receptionist semua baik dan peramah. Ha macam ni lah jadi receptionist. Tapi I tengok, guest pulak garang garang. Buat silap ditengking tengking . -,-'' Haih ni teringat zaman I kerja hotel ni
 
By the way, kat sini jugak ada kaunter kalau korang nak amek apa apa package, snorkeling ke apa ke boleh tengok kat situ ye. 

reception
  
Okay actually yang I booked tu bukan front beach. I pun tak perasan and tak baca detail pun. Lepas tu I ada mintak tukar. Tapi katanya tengah full house. kalau second night ada kosong baru dia inform.
 
 
 

dah macam gengster Hong Kong dah hahahah. ni lah lorongnya and kena melintas depan tu

 
Kami kena melintas jalan and menapak sikit. Tapi tak jauh pun. Untungnya yang sini, sebab ada car park. Ha kiranya park bebetul depan chalet. 


 
Ada restoran  sebelah situ. Sebelah semua kedai makan. memalam pun meriah. cakap je nak makanan Thailand, India, Arab ke semua ada.
 
 
 
The Room
 
Air cond dia rosak -,- tembak bawah je takleh swing swing. Lupa nak inform receptionist. Tau apa kami buat? kami selitkan hanger. Kalau tak mati beku lah sapa tidur bawah ekon tu. Sharing is caring uolls.
 
Bilik not bad, 2 queen bed. Kira besar lah. Tapi masalah utamanya ialah BERPASIR OI. hahahah Ni memang first time I duduk chalet tepi laut , so agak blur blur pasal pasir ni. Dia ada sediakan penyapu kontot di luar, boleh lah sapu. Tapi entah kenapa still ada jugak.
 
Orang cakap normal kot sebab angin laut tiup pasir? err yeke. okay lah
 
Until now, Lihin akan cakap " Mommy , Abang nak pergi hotel yang ada pasir tu lagi". kahkakah.
 
Abah turunkan 1 tilam ke bawah untuk Ash tidur. Takut tergolek. Now jadi 3 bahagian lah. Yang katil dia lapik dengan duvet, boleh tidur jugak. Ala ala tidur atas lantai rasanya. tu yang Abah syok tidur situ.  
 
 
Amenities semua macam biasa lah. Syukur ada kettle tu. hahaha I ingatkan takde. 


Malibest ni anak syarikat Baron ke apa ? Tak sempat siasat pulak dah .


Bilik air boleh tahan. Bersih dan luas. Cuma shower tu apesal lah tinggi bebenor. Nak cebok kan Ash susah. dahlah dia takut air sejuk. hahahha


Actually I terpikat dengan Malibest ni sebab chalet atas pokok. tapi yang ni kids not allower T_T. Chalet pun ada 3 je kot.
 
Tengok gambar bawah, syoknya yang duduk chalet tu. Turun je swimming pool , depan laut. fuhhh
 

 

 
Untung sapa duduk chalet depan laut tu kan. Kami tumpang bergambar je lah
 
Tapi if I'm not mistaken. semuanya double room. kalau family room belakang sikit



 



 Overall memang best. Sangat convinient nak pergi mana-mana semua walking distance, dekat 7E, beach eh semua lah.
 
Harga pun murah. Chalet yang I amek tu RM 300/ 2 nights. Muat kami 4 adult + 2 kids + 1 infant.
 
Kalau korang plan nak berhoneymoon, grab la chalet atas pokok tu. Baru romantic gitchew.

 
 
 
 
Toodles, xoxo


Comments

  1. Haha. Takle blah dia ingat part berpasir tu, macam trademark je. hehe. Btw memang menarik lah yang atas pokok tu.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, Cici! Especially tips letak hanger kat aircond tu.. hahahah. Memang cantikla chalet atas pokok tu! Tapi iyela for safety reasons, tak bolehla budak kecik nak duduk sekali.

    ReplyDelete

Post a Comment