Pelancaran Upin Ipin Store di Ampang

Peminat Upin Ipin di sekitar Ampang, mesti teruja sebab sekarang ni Upin Ipin Store dah dibuka di Ampang, berhampiran Ampang Point.
 
Yes dekat sangat. Pada I, kedai yang baru ni sangat convienient. Dah lah dekat, accessible by public transport pulak. Sederet dengan Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Ong. Ha lepas ni , lepas kita heret anak ke klinik, anak-anak pulak heret kita ke sini. hiks
 
 
Banyak barangan menarik yang berada di sini. Jangan kata anak-anak, Mommy pun excited. Nasib lah datang naik bus, kang tak cukup tangan nak borong pulak
 
Antara barangan yang ada disini ialah neck pillow, tshirt, baby bib, stationery, layang layang dan banyak lagi lah.
 
 
 
 
 
Drinking Cup tu laku uolls. bagus tu kalau buat birthday party anak anak, kita letakkan dalam goodies bag. Mesti bebudak excited.
 
 
Buku buku pun banyak. Ada komik, Buku Belajar Solat dan macam macam lagi.
 
Memang bagus inisiatif dorang ni, lagipun budak budak sure akan ikut kartun kegemaran dorang. Lihin pun excited nak baca doa makan sebab tengok Upin Ipin baca.
 
 
 



Ada flash card. dah la comel. Ni Mommy yang dok main sorang sorang kang. 



Ngam pulak 3 warna untuk Lihin, Maira and Ash. hjahahaa



 
 




 
Geram sangat dengan tabung Cinonet ni. Senang nak ajar bebudak tu simpan duit kalau macam ni kan? Kang pakai tin ke botol ke dorang tak excited pulak.
 
I memang nak beli for Lihin. Hari tu tangan dah penuh uolls.
 



 


Pelancaran Kad Upin Ipin Luar Biasa
 
Bagi yang taktahu, kad Upin Ipin Luar Biasa ni banyak keistimewaan tau. Contohnya kalau kita shopping kat kedai partner dorang macam Canggih ke, ha boleh dapat discount uolls. Dah kata Mak Mak kan. mesti suka bab discount ni
 
Kalau korang suka pergi Gambang Waterpark, wehuu sana pun boleh dapat less jugak.
 
Selain dari tu, Kad ni jugak bagi benefit macam insurance. Ha boleh baca situ untuk keterangan lanjut ye.
 
Cara daftar senang je. Selain di website. Whatsapp, korang jugak boleh walk in je. Ha senang kan? terus dapat time tu jugak lah
 

 
Ha , memang rambang mata. Taktahu nak pilih yang mana. Nak datang nanti, jangan lupa kosongkan bonet kereta tau. paling penting sekarang ada Grand Opening Sale sehingga 8 October 2017. Semua benda murah murah je. Rugi oi tak grab peluang ni
 
Upin Ipin Store
No 31-M (GF) Jalan Mamanda 7
Taman Dato Ahmad Razali
68000 Ampang
(berhampiran RHB Bank)
 

Comments

  1. Alamak I lambat baca post ni... Dah habis dah pun sale nya... Tapi tengok harga merchandise dia okayla, affordable la bagi i. Sofia pulak dah makin pandai lak tengok kartun... Upin Ipin termasuk sekali... huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment