Family Day 2017

Kuih Keria Gula Melaka Gebu

I dah lamaaa sangat nak mencuba kuih ni since keria ni memang favourite I tapi I jarang dapat yang sedap lembut dan gebu. T_T sad makcik, sad. So I gigihlah tanya orang sana sini , screenshot recipe bagai. Macam tak susah, but I stil, drag Abah to pasar because I have no idea how keledek look like. hahaha. And I ajak Mak ke dapur jugak
 
 
Keledek putih ni RM 3.90 /kg. Dua ketoi ni RM 5.90.
 
 
 
After potong and rebus, lenyekkan dia. I pakai senduk je.
 

Then campur tepung gandum (garam sikit), and gaul rata. Agak agak lembik sikit sebab I memang taknak banyak tepung. Nanti keras T_T
 
Sesambil tu, keluarkan juga sabut sabut akar tu. aduh, stress tau kalau jumpa panjang panjang -.-'' paling seram kalau dah sampai ke tekak. ahhahaha


Mak kata bentukkan pakai tangan. Lepas tu cucuk pakai jari untuk lubang dia. hahaha. I rasa kelakar. Tapi jadi oi. 



Yeayy goreng!Pakai kuali kecik so goreng sikit sikit je. 


 


Wah naik gebus gebas gitchew. Makan cenggitu pun sedap jugak. 



Okay time ni nak sira pulak.
 
Bahan Sira
 
2 sudu makan gula putih
sedikit gula melaka
3/4 air
 
Masak air gula sampai mendidih and masukkan kuih keria yang gebus gebas tu. Sampai kering. But seriously 2 sudu gula putih terlalu manis. 1 sudu pun takpe kot.
 
I makan je, terus sakit gigi. Hahahaa. 


My colleague cakap, kena tunggu sampai dia kering and gula putih tu akan jadi 'bersalji'. Tu tanda ianya jadi. Kalau berkilat je tak jadi
 
Tapi I prefer macam ni kot. sebab yang bersalji tu nanti terselit kat gigi I T_T
 
Apa apa pun, kuih ni memang gebu dan lembut sangat. 


Next morning, Mak sira lagi w/o gula melaka. And kurangkan gula putih. Okay je and acceptable la rasa dia. Bagi yang tak suka manis boleh lah try ye.  
 
 

 
 
Toodles, xoxo

Comments

  1. sedap nih..byk keledek, less tepung..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedapp..leh try buat jgk nanti ..sbb simple je resepi dia ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa. Haritu Nani try buat jugak tapi tak berapa jadi time nak sira dengan gula tu. Hahah.

    ReplyDelete
  4. wahh.. sedapnya. teringin nak buat gak. biasa rasa yg biasa je

    ReplyDelete
  5. weih, terliur ni weih.... gigih babe ue buat ni

    ReplyDelete

Post a Comment