Pertama Kali Buat Scallling Gigi | Random

 
Dah 26 tahun hidup, 301017 baru pertama kali I menggagahkan diri nak buat scalling. Ya Rabbi, nak cuci gigi je pun tapi rasa berdebor dia tu lain macam
 
Main reason ialah sebab I dah gatal search kat Youtube. So I nampak darah terpancut pancut. kahkah. gatal kan I dah tahu penakut nak tengok jugak.
 
So why I nak buat scalling ni sebab baru timbul keinsafan terhadap penjagaan gigi. Ha I memang tak dididik pergi dentist dari kecik untuk jaga gigi. Mindset I ; dentist-> cabut gigi. I pernah lari dari dentist tau. kahkah
 
so I set appointment nak jumpa Dr Abdullah last Saturday. Assistant tu cakap ada doc ganti je. Ahh tak kira I tunggu Dr Abdullah ada jugak. I kan penakut. Dah kenal sorang dentist, I taknak berkenalan dengan yang lain.
 
After office hour, Abah fetch me dan zoom ke Ampang Point. Makan lepak jap, I surrender around 7.20pm. Berdebor menunggu, macam nak tunggu bukaan nak beranak pulak.
 
Sambil tunggu sempat lagi update status bagai. Lepas tu I ni ada perangai kalau nervous I suka benda wnagi wangi. So I sapu lah sebanyak mana lotion dengan sanitizer I. hahaha.
 
Nampak je Dr Abdullah masuk, I dah menggigil dah. Tiba-tiba I rasa menyeramkan, padahal kemain friendly lagi doc tu.
 
Bila nama I dipanggil, okay I know I cannot escape. Masuk, letak handbag kat tepi and duduk.Dan bermulalah conversation
 
Doc: Puan, Macam mana gigi bongsu yang sakit?
 
Me: Oh , dah baik dah doctor
 
Doc: Huh? Dah baik (sambil sengih)
 
Me: Haah, tetiba pulak dia baik
 
-___-
 
 
Nampak sangat ke I nipu? hahaha takde lah memang dah baik pun. Takde denyut cuma swollen je. I nak kunyah memang terganggu lah sebab gusi bengkak
 
Lepas tu dah baring dia pakaikan I cermina mata besau. I think nak halang mata kena cahaya lampu tu kot. I tutup mata sepanjang proses
 
I dah cakap kat assistant doc nak request untuk bius. That girl cakap
 
"tak payah bius pun take Puan. Takpe, Puan cuba dulu. Kalau sakit baru bagitahu nak bius"
 
Sebelum start process pun doctor pesan, kalau nak stop, angkat tangan. So I dah bersedia lah nak angkat tangan. But surprisingly, TAK SAKIT PUN.
 
Dia cuma rasa ngilu yang tahap berdensing sampai telinga and kepala otak I. banyak benda nak kena sental kot. kahkah. Tapi serious tak sakit , memang tak payah bius langsung
 
(trust me, my colleague memang request untuk bius bila buat scalling tau)
 
Imagine, Cici ni seorang yang mengada and tak tahan sakit tahap gaban, yang jarum belum sampai dah jerit dulu. So bila I cakap tak sakit, memang tak sakit lah hahaha
 
Setel bahagian atas, dia suruh kumur and buat bawah. Ngilu sungguh. Muka I habis terpercik basah. I taktahu tu air apa, ada jugak I tertelan. Kalau listerine, matik hahaha. Sesambil tu assitant sentiasa di situ untuk lapkan muka.
 
Setel bahagian bawah, dia suruh kumur and sedia untuk polishing. Dia sapu kan gel apa entah, doctor sapu di seluruh gigi and start polish. Pheww ingatkan kereta je kena polish, ye tak.  Proses tu pun agak ngilu.
 
Dah setel, assistant bagi I cermin. Memula tengok bersih, la rupanya tak. hahaha memang segala karang gigi takkan hilang 100% lagi lagi yang dah degil. Lagipun ni bru 1st time kan. Tapi nampak lah gigi bersih. Betul cakap orang, sayang nak makan / minum
 
Doctor cakap I ada 5 lubang kena tampal, 1 gigi kena cabut dan 1 kena buat RCT. Mak aihh. I cakap lah
 
Me: Doctor, yang RCT tu cabut je lah lepas tu I buat gigi palsu
 
Doc: eh jangan Puan. Boleh selamatkan, kita selamatkan dulu. Tak sedap Puan gigi depan pakai gigi palsu
 
Me: Ala takut, baca review semua cakap sakit sangat
 
Doc: Eh takde lah Puan. Kita dah bagi bius tak sakit, cabut tu lagi sakit tau.
 
Me: yeke okay lah. So yang gigi bongsu tu macam mana?
 
Doc: Kalau Puan rasa tak sakit dah, biarkan je lah
 
Me: Oh okay. thanks doc
 
Kahkah . okay so cerita wisdom tooth dah berakhir. Sekarang I nak meroyan pasal RCT pulak. Orang cakap sakit walau bius sebab bab cucuk bius tu yang menyeramkan oi. seramm. cucuk kat gusi tu.Assistant doctor tanya bila nak buat, I cakap "nantilah I call ye"
 
Boleh escape tak? hiks
 
Update: balik tu ada darah lagi, I kumur kumur banyak kali. I tak makan pun sebab takut padahal boleh je makan . Cuma elakkan minuman panas, takut bleeding. Today, second day ada rasa ngilu ngilu gitchew.
 
Harga Bius: RM 30
 
Toodles, xoxo

Comments