2017- Tahun Kesedihan | Random

Dah nak year end dah uolls. Saja nak buat kesimpulan. Lagi 15 hari je pun sebelum bertukar angka
 
Hujung tahun lepas, I mengharapkan 2017 ni tahun permulaan. Sekali prang prangg prangg, I jatuh tersungkur tergolek dan sebagainya. Tak sangka , dikhianat. Laknat betul.
 
 
 
Sedih memang sedih. Tapi I percaya Allah takkan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan. I sendiri tak sangka itu kemampuan I. Ingatkan I dah terjun lombong dah. Rupanya taraaa I'm still here. Haruslah anak anak dan parents penguat semangat I. Ha ada sebab kenapa I ada anak berderet di usia macam ni. Dan ada sebab kenapa I masih tinggal dengan Mak Abah. Orang tak nampak takpe, I bersyukur sebab nampak semuanya
 
Dan masa mula mula dulu, I ingatkan ini pengakhiran. Oh tidak, ianya adalah satu permulaan. Yes, masih lagi dengan watak yang sama, cuma dalaman I bertukar kot. I jadi lebih gagah dan matang.
 
Dengan apa yang terjadi, I belajar berdikari. The only thing yang I tak boleh ialah drive. Tapi  I tak kisah naik public transport so I guess its okay. Yang lain insya Allah I boleh buat sendirian. Hal anak, hal sendiri, belanja barang dapur. eh semua boleh lah. Gagah kan I? Nampak je lembik. Eh silap. Nampak je manja. kahkah
 
Manusia datang dan pergi. Nak datang, datang lah. Taknak stay, pergi lah.Bye. ha camtu je kalau nak hidup zaman sekarang. Nangis tergolek golek kalau bukan milik kita, tetap bukan. ha Nampak tak ayat penyedap hati. Okay apa pun semoga tahun 2018 menjadi tahun permulaan untuk kebaikan, bertambah umur, bertambah sihat tubuh badan dimurahkan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan urusan yang sulit. Amin.
 
Okay jemput makan. I belanja gambau. heheh
 
 

makan makan di office


Toodles, xoxo

Comments

  1. Oi melampau sgt belanja gambar makan tu cici! I ingatkan sikit-sikit sekali ambik... Dahsyat betul.

    It's okay, Cici. Ada hikmahnya. Happy New Year ya! Stay strong!

    ReplyDelete
  2. Oiii...dalam sedih2 belanja gambar makan. Terer sungguh! hahah! anway, I doakan semoga you terus tabah dan sabar menghadapi apa sahaja dugaan . Indeed..ALLAH SWT takkan menguji seseorang setaraf dengan kemampuan hambanya. Take care dear...semoga kebahagiaan menjadi milik mu. Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment