BRT Sunway Line

Dulu zaman sekolah nak pergi Sunway Pyramid bukan main susah. Sapa dapat boyfriend kayooo boleh lah pergi Sunway naik cab. Macam I, I yang belanja boyfriend *facepalm* jadi meh lah kita naik bus sajo. Satu kerja nak tukar bus di area Kota Raya. aduh. Kena ngorat dengan orang orang asing. Boyfriend dahlah keding, kalau jadi apa apa kahkahkah
 
Hari tu I saja try naik BRT. Pernah dengar kawan I cakap pasal ni tapi tak terfikir dan tak tergambar macam mana. Sekali dah naik, perghh best and jimat masa.
 
Serious masa tu I keluar awal sangat sebab I fikir Sunway Pyramid tu area jem namateyy lagi lagi Sabtu. Lol!
 
Okay ambil Kelana Jaya Line and stop di US7
 
(psstt. I beli token from KLCC Station- RM 7)
 
 



Boleh klik untuk tumbesaran. ahaks.
 
Kiranya tambang train I RM 3 + tambang BRT RM 4 = RM 7
 
Tu station yang dia akan lalu. Serious senang dan sangat jimat masa. Sebab tu I cakap, korang sedia duit ja



Ha ni lah station BRT. Istimewa BRT ni, dia ada laluan khas. Macam jalan train tu.Tapi ianya adalah bas. so tak kongsi laluan dengan kenderaan lain, memang takkan ada traffic jem lah.
 
I blur blur so I tanyalah orang, kat mana nak masuk token? Oh rupanya macam kat train tu lah, kita turun dari bas, baru touch kad/ masuk token. 





 
Okay kalau nak ke Sunway Pyramid, korang kena pilih station Sunway Lagoon. Lepas tu akan ada laluan pejalan kaki. Best woo, selesa. 


I ni selalu kalau datang naik kereta, so ni first time nampak view yang cantik macam ni. Excited jap. Macam tourist pulak



Okay ni kalau nak balik, kena amek Platform 2 pulak. Tempat yang sama jugak. alaa jangan risau, semua tempat ada papan tanda. Kompem takkan sesat
 
So konsep nak beli token semua tu macam kat train biasa jugak


Bus stop memang selesa walaupun berkonsep open-air. Takde aircond tapi okay lah, redup tak bahang


Smart kan pintu bas. Canggih woo!

 
Nasib baik tak panas. Nanti iolls cair. hiks
 


Okay ni bahagian dalam bus. Time I pergi dan balik kosong je. Awal lagi kot. Taktahu la toward evening or weekdays macam mana kan. Tapi bas ni tak lambat, rasa macam 15 min je dah ada bas. Okay lah kan?

becok mulut anak bujang tu
 
Okay tu je. Mana tau korang nak bawa anak anak jalan menghabiskan baki cuti sekolah ke. Tapi I happy lah, kalau nak bawa diri ke Sunway Lagoon senang lah lepas ni. Kahkahkah. Nanti kalau korang naik, share lah pengalaman jugak ye.
 
Toodles, xoxo


Comments