Expo Negaraku

 
*Sorry for the poor quality*
 
So hari tu lepas balik dinner, Ocin ajak lah jalan jalan KL. I memang lama teringin since orang kata Masjid Jamek dah cantik blablabla. Lepas tu dengan expo bagai kan.
 
Okay first, yes memang cantik. Ada lampu lampu, ada air pancut kat longkang. ha yang biru tu air pancut lah. water pressure memang sangat kuat sampai boleh terpecik kat kami di atas jambatan. Yang tak bestnya, air tu bau longkang. HAHHAHA haruslah kami patah balik. Imagine macam kena mandi shower tu, lepas tu bau longkang. aduh.
 

Patah balik cecepat. Apa apa pun, good job Malaysia! cantik sangat. 


Sempena Expo Negaraku ni ada juga food truck. Kat sini yang best nya Mangga Susu je la kot. Pada I yang lain so-so . Boleh lah buat tempat lepak


Expo ni dia macam kubah/khemah tau. So yang first ni macam ni. Ala ala tengok wayang. Cerita pasal Alia (OMG I dah lupa nama watak) yang ada masalah dylexia. Tapi cerita ni memang menyentuh hati. 


Kubah ke-2 pasal insfrastruktur. Pasal dia korek jalan buat bangunan, lepas tu ada macam kat bawah ni. and kita boleh naik train


Tada. Ni la train dia. Suasana sesak dengan ramai orang macam ni betul-betul macam kat train station. Second time I pergi tak ramai orang, so takde feels sangat. gtew.
 
So ala ala train laju and nak berhenti. So kami ramai-ramai masuk dalam train.
 
Ada tempat duduk, ada skrin konon konon kita boleh tengok lokasi la. Kita akan bertukar tukar dari LRT ke Monorail. Dari KL ke Melaka. Kan nanti ada train baru terus ke Melaka, Johor blablabla.
 
Kagum sangat. Tak sabar.



Paling penting warga emas dan kanak-kanak diberi tempat duduk. kahkah


sesak. ala-ala peak hours gitew


I taktahu kenapa I nak muntah tengok yang ni T_T tapi sebab ramai bergambar, okay mari lah kita abadikan kenangan.


Kat sini ramai tinggalkan 'jejak'. Kali ke dua I datang tu, I pun tulislah nama blog I . kahkah. boleh ko promote blog kat situ?


I pergi malam minggu. Memang ramai orang. Tapi ahad/ cuti sekolah lagi dahsyat rasanya


Ni kubah apa entah namanya. Masuk masuk je ada telefon ni. Banyak jenis telefon sebelum I wujud pun ada. Ada juga public phone lama lama.
 
Orang kata kalau telefon bunyi tu sila angkat sebab Perdana Menteri kita yang call.




Tepuk je dia menyala. Bukan Lihin je eksaited, Mommy pun join. hahhaa



Kami skip Kubah 4. so ni yang ke 5 yang terakhir. Time ni memang ramai orang, so kami kena berdiri. Masa I datang dengan Dina memang tak ramai so dapat lah kami bergolek di bean bag


So kat sini diceritakan sambungan kisah Alia tu. kemajuan yang kita kecapi hari ni.


Okay habis. Kat bahagian luar ada disediakan props ni, I guess untuk amek gambar la. Lighting baik punya cuma masalahnya masa ni baru lepas hujan. Lecak okay


Gigih panjat sini ak bergambau. Sudahnya hampir nak tergolek. hahaha


Lepas tu beli mangga susu kat food truck. okay memang sedap. Ada Thai Food, Nasi Ayam Kunyit Mat Rock dan pelbagai jenis minuman kalau korang nak try.

tempat lepakk
 
 
Ha tu je la. Memang best pun, bukan yang berkeluarga je datang, yang bujang pun boleh datang. Bila lagi nak mengenali negara sendiri. Masuk percuma pulak tu. Lepas tu dia tak la bosan macam pergi muzium. Ada la aktiviti untuk anak-anak dan something untuk adult cuba. Contoh macam bawa bas. Tapi lon que of course lah. hahaha
 
So maybe sempat lagi untuk korang bawa anak-anak. ke nak pergi dating berduaan pun no hal.
 
Toodles, xoxo


Comments

  1. x penah pun pegi lg. tringin jugak nak tgk sndri.
    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah nak menyinggah jap. hehehe

      Delete
  2. macam seronok jea attend expo negaraku ni

    ReplyDelete
  3. Wow!! nampak sangat meriah laaaaa....harap sempat lah nak ke sini. Huhuh..

    ReplyDelete

Post a Comment