Happy Birthday Maira | Random

So hari tu I amek cuti semata mata birthday Maira. Konon nak spend time nak bawa pergi indoor playground ke jalan jalan KL ke tapi Lihin pulak tak sihat. Takkan nak tinggal dia. Okay so postpone tu weekend je la
 
Rasa tak larat nak  masak banyak-banyak jemput orang, so I decide nak potong kek kami sekeluarga je. AHAHHA ye lah sapa kata 7 orang takleh buat birthday party. Boleh je kan.
 
Mak masak Mee Kari, I beli kek kecik, beli balloon and deco deco sikit. Taraa jadilah birthday partay

 
 
Si Lihin ni dah ada mindset birthday di sambut di hotel. Pengsan Mommy. siap Tanya bawa tak sabun hotel dia . kahkah. berangan la ko Bang. Kita balik rumah la.
 
Yang hampehnya, sebab I plan taknak bagi hadiah, tapi I nak bagi birthday-feels gitchew I beli lah stationery yang mur-mur (murah murah). I know end up akan hilang bertaburan takpun patah sana sini. I beli 1 pink 1 biru. RM 2.10 je uolls siap pensel tekan, pensel kayu (2), pemadam dan ubat pensel. Murah kan?
 
Lepas potong kek I suruh bukak hadiah. Lihin bukak , tau dia cakap apa
 
"la ini je? aduh ingat kereta control"
 
rasa nak pang dia kat situ pun ada, rasa nak nangis pun ada. sentap mak nok! Memang beranganlah dapat remote car. Biar Mommy piker 18juta kali dulu. Berani cakap macam tu kat hadiah Mommy. Dah lah bukan birthday dia. grr
 
jadilah buat kenangan
 
 
Tapi Maira being sweet as always. Dia jaga elok elok. Kejap kejap dia belek. Tidur pun dia letak sebelah. Bangun tidur dia cari benda tu dulu. Tengah minum botol dia pun dia belek benda tu. Aww sweet. Nanti Mommy beli yang best best ye. Abang; kena hukum. Cis!
 
Neway, Maira dah besar. Dah boleh bercakap . Becok! semoga terus sihat. nak bambam macam mana pun Mommy tak kisah, janji sihat. Okay jom makan
 
Toodles, xoxo

Comments

  1. Happy besday Maira. Memang comeyyyy...semoga membesar menjadi anak yang solehah yer gugurl.

    ReplyDelete

Post a Comment