Kidzania | Seharian Masuk Dunia Kanak-Kanak

 *sorry for the poor quality*

Hari tu I ada bawa Lihin dengan Nanny lepak Kidzania. Selalu je berangan nak pergi tapi I tak pasti Lihin boleh masuk ke tak? Baru baru ni dia sibuk nak jadi ahli bomba, ha moh la kita.
 

Masuk masuk je I terpegun dengan environment. Ya Allah, macam masuk dunia lain. Senibina bangunan. ha kau dah macam arkitek pulak. Tapi memang I kagum sangat dengan suasana macam ni


 


Betul-betul macam masuk Kids Town, segalanya ada kat sini. Ada Boutique, ada Police Station, Bank and macam macam lagi. Meriah sangat
 
Manusia pun ramai. Banyak rombongan sekolah. 




Ha masa mula mula masuk tadi, dorang ada bagi cash tau. So terpulang la kita nak belanjakan atau nak simpan dalam bank. I ajak Lihin simpan dalam bank sebab I rasa comel. hahaha




Kena beratur tunggu giliran. Budak lain beratur sendiri je. Nanti kena tulis nama and tarikh lahir,ala ala isi borang bank ler. 


 
 
So dah simpan nanti dapat debit card. Kalau kita 'kerja' katanya boleh bagi je debit card nanti gaji terus masuk dalam tu. Boleh buat pengeluaran juga. Hebat kan? Hidup dalam dunia sendiri


Ada Hospital. So kat sini ada watak wataknya. Tak silap I untuk jadi pesaki kena 1 tahun ke atas. Tugasnya baring je. Untuk jadi doctor kena 3 tahun ke atas tak silap. Kalau nak naik ambulance I tak pasti. Tapi kena beratur ye






Ha ni la jadual dia. Itu ada had umur dan duration for this activity
 
Ye konsep kat sini kena beratur awal. Masak wehh beratur lagi lagi waktu ramai orang macam ni. Sangat menduga kesabaran I yang kurang sabar. Kenapa ? Ha tu nanti kita cerita next entry okay


 
Ni hotel dia. Tapi apesal buruk? Ha tunggu next entry
 

Lihin nak sangat naik ni. Tapi rasanya ketinggian tak lepas. Lagipun kena beli insurance apa entah



 Ha ni la yang Lihin dok rengek kan. Dia tengok trak bomba lalu dah tak tahan dok rengek. Ye sabau. Bagi Mommy habis kerja dulu.


To be honest, I tak expect pun penuh macam ni. Tak silap I ada 3,4 bas rombongan sekolah. Imagine berapa ramai? Tak masuk family yang datang lagi. Kaya betul rombongan sekolah sekarang . Hahah I dulu pergi tempat murah je
 
Tapi kalau dah ramai ramai, I have to say this; RIMAS. 


Kat sini ada 2 tingkat tau. Parents Lounge ni terletak di tingkat atas. Yela yang anak dah besar dan boleh bawak diri tu, bolehlah parents rehat rehat kat atas ni
 
Tu sebelah tu Pilot. Memang long que la . I teringin sangat nak suruh Lihin que untuk tu tapi ramai orang. I pun rushing sebab ada next event T_T


Pemandangan dari atas. Ramai kan T_T


Agak-agak anak teringin nak buat research ke. Hamboi kemain comel kekecik pakai baju makmal tau


 Ha agak agak nak beli sourvenir boleh la beli sini . Tapi I tak survey harga pun




Aktiviti kat sini, memang untuk kids sahaja. Parents tak boleh masuk campur, kena tunggu luar. Jadi memang kena bawa anak yang pandai berdikari lah. Macam Gegirl memang tak boleh bawak la dia kan 24/7 nak tarik seluar I je T_T
 
Tapi tula I tak paham, kalau parents tak boleh join aktiviti , mengapakah kena bayo tiket sekali? dah lah quite pricey sebab half dari harga tiket budak. So kalau budak RM 80+ kiranya parents RM 40+ la ye? adoi



Ni la yang bomba tu. Next slot 1.30pm. Kami beratur seawak 12.00pm. Ha ni tak sabar nak cerita ni. Tunggu next entry



LHDN pun ada. ha sapa lari dari cukai tu meh sini dorang kejar
 



Fuhh kalau Maira dah besar, bolehlah masukkan dia kat sini. 
 
Kan bagus kalau dia bagi Mommy yang masuk. hiks 
 



 
 
Pintu keluar dia. Kena lalu immagration. 
 

 
Berbaloi ke tidak? Okay la kalau anak boleh berdikari, pandai bawa diri. Tak berbaloi untuk I sebab kepenatan. T_T
 
Nanti I nak cerita kisah Lihin jadi ahli bomba and what I dislike about their system. I tak kata tak bagus lah, hopefully ada improvement in the future.
 


Comments

  1. teringinnya nak bawak anak pergi kidzania.

    ReplyDelete
  2. So huge! Tapi ye i bayangkan will be a waste of money kut kalau i bawak Sofia yang masih nak berkepit lagi. Dia pun tak faham sangat. Masih nak menyepah2 je. Bawa yang dah besar sikit dia dah faham kan.

    ReplyDelete

Post a Comment