Makan Di Murni SS 2

Haluuu uolls. Dah mode bercuti ke tu? Eh bercuti apanya orang dah nak new year dah ni kan. hehehe
 
Okay I pun macam Mommies yang lain lah, busy buat persiapan sekolah anak (padahal masuk Kemas je pun) so lepas dah shopping haruslah ternak lemak. Kami pergi Murni. Ni kira kedai fav zaman study dulu lah. I pun tak tahu kedai ni dah berapa lama bukak tapi dulu sebut je Murni semua orang tahu.
 
Murni ni famous dengan air dia yang bermacam nama. Ada 'I Love You' la 'I Miss You' la. nak order pun segan. kahkah jadah. Makanan yang famous kat sini Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Fish n Chip dan yang seangkatan dengannya lah.  Konsep dia ni macam mamak je. Tapi hari tu kami pergi dah upgrade ala ala hipster sikit. Nasib harga tak upgrade sekali. hahaha
 
 
 
 
 
 
 
Okay taraa ni lah menu air dia. I order Traffic Light and Mak order Fair Lady. Bagus sebab dia bagi description sekali jadi takdelah kita blur blur tanya apa isi kandungan air tu ye tak?
 
But don't worry, air biasa pun ada. Teh Tarik Terapung ke Air Kosong ke. semua ada lah
 
 


 
Kebetulan pulak sebelah tu ada orang jual buah. Maka belilah durian pack tu RM 15. Gegirl pergi masuk sebiji dalam mulut, nasib tak pengsan Mommy tau. Air Stabak tu Ocin punya, saja letak nama Lihin. Lepas tu dia bagi Lihin sedut. Grrr saja nak bagi darah Mommy mendidih tau.
 


 
 
Okay taraa dah siap air ni. Tapi time air sampai I ke ladies, tau tau je dah di kacau macam ni. Grr habis takde lapisan dah. Lihin dok kerja kan air Mommy.
 

 


Taraa our food. I order Nasi Goreng Butter Milk, Mak and Ocin order Nasi Goreng Chicken Chop
 
Mak kata nasi dia dah tak sesedap dulu. Macam nasi goreng letak kicap ja. Maybe kena gaul dengan kuah chicken chop ke tak tahu lah
 
I dok curi kuah chicken chop Mak, sebab sedap gilo. Dia bukan macam sesetengah kedai yang kita makan terus rasa muak/ pening. Just nice.
 
 
Butter Milk I pun portion dia just nice, tak muak sangat cuma I rasa gravy sikit. Ke memang I je jenis makan banjir? So I pun curi kuah chicken chop sikit. sedap woii layan. 




Dari segi presentation dah banyak berubah. yelah kata dah hipsturr kan. Portion tetap besar macam dulu. siap boleh tapau sikit lagi. Mengah oi. 



Tengoklah Lihin. Semua air dia nak rasa. Makannya taknak. Nak kena budak ni -,-



Ni 'wajah' lama Murni. Kalau malam, memang berderet lah. Nak nak bila deretan kedai dah tutup, so sepanjang shop lot tu lah dorang bukak meja. Nak makan sini kena rajin tunggu meja lagi lagi weekend.
 
Sekarang better lah, lagi selesa. Meja pun insta worthy =p 
 
pic credit to says.com


Cerita Kelakor

Okay nak cerita kenangan I dengan Ocin jap. Ada sekali tu, I baru start kerja as temp staff. Gaji weekly tapi kalau ada problem ke delay lah ke  next week. So satu hari Ocin ajak pergi Murni after work. I okay jelah. Memang takde cash time tu tapi I pikir Ocin belanja. Yang kelakarnya, Ocin ingat I belanja sebab I sepatutnya ada gaji =.=
 
Lepas tu dah makan, pikir nak tapau untuk Mak. Tapi macam eh malas lah maybe Mak dah masak. Lepas tu time nak bayar demm. Rupanya memasing takde duit
 
Nasib baik lah I ada RM 50 dalam bank. oi memang ngam ngam boleh keluar RM 50 ja. So I bagi card kat Ocin, berlari dia pergi ATM. fuhh
 
So kesimpulannya lain kali takde duit jangan ajak orang =.= orang ingat dia ada duit. kahkah

 
Okay itu je. Boleh lah bawak family lepak sini nanti. Rasanya ada cawangan di Cheras and Subang kot. Tempat lain I'm not sure.
 
Toodles, xoxo

Comments

  1. akak suke jenis buku menu dia mcm ni, siap ada gambar tiap menu dia... baru tau camne rupa dia...
    pastu air dia pun pelbagai aduhla....
    geram nengok segala menu ngn air... pttla ramai org datang

    ReplyDelete
  2. Isk..kejamnya entri dia ..kalau begini lah menu dia rasa nak order je semua..hihi

    ReplyDelete
  3. wah..wah...sedapnya weh menu-menunya....kalau la boleh pergi kedai tu skrg..hihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment