Burger Bakar Abang Burn| Cheese Lebur Banjir

Korang mesti familiar dengan nama Burger Bakar Abang Burn. oi favourite ni zaman mula mula rasa burger bakar dulu. (eh jap burger kalau tak bakar dia buat apa ek? panggang ke? hahaha)
 
So I nampak ramai update pasal Cheese Bakar ni. Nampak cheese agak menggegar jiwa jugak lah. Okay takpe kita cuba. Dekat je, kat Dagang Avenue Food Court tu ha
 
Honestly I agak blur kaedah order cheese bakar. dia macam bagi pilihan. tapi sorry lah lupa snap. Lepas bagi nama cheese bakar tu kita pilih burger. yelah takkan nak makan cheese je pulak kan.
 



Ya Allah menggoda tak?  Ocin order Beef Burger All Toppings + Cheese Lebur. Perghh  memang I pinjam lah buat bergambar dulu. Tempting habis. 


Kalau tengok cheese dia , memang betul lebur banjir meleleh. Macam ni lah baru namanya cheese burger. For my Chicken Burger yang sos cili tu memang turn off. I dahlah tak makan sos. =.= Okay next time kena pesan siap-siap taknak cili sos tu


Puas hati. patty tebal. thumbs up!



Saja nak suruh korang telan ailio. Balik ni kena serbu Abang Burn tau




Pada I, penggemar burger and cheese memang berbaloi serbu Burger Bakar Abang Burn ni. Memang cenggini ha (Y) I bagi. Tapi pada I lah, beef is better sebab makan chicken agak muak sikit. lepas tu kalau boleh air tu janganlah order air pelik pelik. Air kosong ke carbonated ke pun okay jugak. kalau korang order Milo ke atau air bersusu confirm muntah kang.

 
 Ni kami order Teh O' Ais pun macam muak. sayang je ooo tak habis.
 
Sorry again I tak dapat guide cara order. kahkah Ni pun staff yang super friendly suggestkan. Ha kalau korang tak sure ke confuse ke nak yang mana, silalah tanya staff dorang.



 

tangan comot don't care. wash basin ada. hahahah
 
P.S. Cheese Bakar/ Cheese Roda ni cuma boleh dapat di Jajahan Ampang sahaja.
 
Burger Bakar Abang Burn @ Jajahan Ampang
Dagang Avenue Food Court,
Jln Dagang B/3A,Taman Dagang,
68000 Ampang
Waktu Operasi : Setiap Hari (6.00ptg - 12.00mlm)
 
 


28 comments:

  1. Meleleh cheese die... Pergghhh...sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, macam ni lah namanya cheese burger.ahahaha

      Delete
  2. perghh...kalah mekdonel..mmg telan ailio...

    ReplyDelete
  3. aduhhh sedapnya tgk.. menyelerakan laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish sedap. ni rasa nak repeat lagi bawak family pulak

      Delete
  4. mengoda sangat ni cheese dia. mujur dah makan. kurang sikit telan ailio

    ReplyDelete
  5. Aduhhhh terus lapar nampak burger bakar abang burn..
    Bukan setakat meleleh cheese tapi meleleh jugak ailio..
    Kat Seremban ni ada juga burger camtu nama dia Burger Jijan.
    Suka tengok blogger citer pasal makanan, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke . kena carik ni kalau kalau jalan ke Seremban.

      Delete
  6. Dulu ramai jual burger bakar, sekarang susah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak. dulu macam trend, sekarang yang betul betul je boleh bertahan.

      Delete
  7. dulu zmn bujang mmg ske beger bakar ni.. masa tu burger bakar ni kan baru lg.. lama nya x merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dulu time baru keluar, ramai yang buat. yums. jom lah makan before labor =p

      Delete
  8. Fuhh meleleh habiss. Puas hati macam ni.

    ReplyDelete
  9. Ya ampun giler menggoda cheese lebur tu. Banjir teruk dalam pinggan tu. Baru nk terjah burger bakar cawa selayang sekali ada kat ampang je. Kecewa teruk dibuatnya. Nyesal buka entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa yeke. yelah sekarang kat Ampang je ada kan. bukan jauh pun Ana, meh ajak Cik Abang turun Ampang jap

      Delete
  10. uisshhh..meleleh tuuu....mmg meleleh air liur jugak niiii

    ReplyDelete
  11. amboiii habis leleh puas hati makan gini ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh puas sangat tu. thumbs up lah sapa yang create menu macam ni

      Delete
  12. Kolestrol letak tepi dulu nih kalo jumpa mcm ni, menggoda sungguh weyh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak pikir apa dah. Nampak je cheese lap ailio dulu. lepas bergambar, terus simpan camera. tangan mulut semua selekeh dah . hahaha

      Delete
  13. makaih wakkkkk.. cairnya !! banyaknya !! tak muak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali boleh telan lagi kak. silap hari tu dah togok teh o ais, penuh perut dah

      Delete