Hari Pertama Tadika Kemas 2018 | Parenting

 
Tiap tahun I dok tengok parents update cerita hantar anak ke sekolah. Tahun ni turn I pulak. Walaupun takat tadika je , bawah rumah pulak tu. Ceh beriya tau tak. Malam tu I tak boleh tidur, mencangkung kat dapur 3am makan Maggie. Nervous you alls
 
Esok pagi siap awal, beria lah bagai pakai baju baru. Makeup. Ingat nak pakai heels, okay over. sebab bawah rumah kan.
 
Dah ada parents lain hantar anak lebih awal. I gigih siap nak record video bagai tapi tak seberapa lah. kahkah
 
 
 
 
 
Masa orientasi hari tu cikgu dah kata parents tak dibenarkan tunggu. Tapi I tengok depa berdiri I join lah berdiri. 30 min jugak lah I tegak kat situ. Masing masing intai anak masing masing. Tapi anak buat derk je. hahaha.
 
Sekolah Lihin tak macam tadika lain ada pagar bagai. Dia macam shop lot je.


Maira macam dah buat perangai. Sebab dia kan berkepit dengan Lihin. Kemana jua bersama. So bila Lihin masuk dalam kelas dia macam awkward kot. Dia tahu dia kecik lagi and tak boleh sekolah, so dia tiba tiba merengek. Bila Tanya taknak jawab. Grr gigit kang
 
Lihin Nampak blur. Tapi dia non stop bercakap dengan BFF dia; Mohamad. Yang cucu jiran depan rumah I tu. Suara dia je lebih. Lepas tu ada jugak lah yang 'gerimis', yang taknak masuk kelas sampai kena pujuk bagai




Time scroll FB tetiba FB throwback gambar ni. Syahdu pulak rasa. 4 years ago I tengok you tidur macam ni. Today I hantar you pergi tadika. sobs 


I lega tengok Lihin bagi respond kat cikgu bila cikgu panggil nama dia. Nasiblah dia tahu jugak nama penuh dia. Ada budak yang bila cikgu panggil, tak jawab pun sebab taktahu itu nama dia. Lepas ni kena biasakan panggil nama penuh anak ye T_T



Dah berdiri tegak setengah jam, I pun naik lah atas. Buat apa yang patut, memang rasa awkward sangat sebab rumah sunyi. 11.50am I dah turun bawah. Ramai jugak parents dah tunggu.
I kena tanya pasal yuran (lupa dah bayo ke belum) and nak bagi gambar Lihin. Lihin tengah beratur, Nampak je I dia senyum. ahh if only I managed to capture the smile. Tau tak senyuman macam excited nampak someone? ha macam tu la.
 
I still remember those day, bila I balik sekolah I excited tengok ada mak/abah tunggu. okay tu nanti nak cerita panjang panjang next entry


Sambil nak jumpa cikgu, I Tanya lah Ummi Ita (pembantu tadika) macam mana Lihin. dia kata
 
"Lihin? Ilham Solihin? Ha tu Tanya cikgu. Dah pening cikgu"
 
I macam err kenapa tu? Cikgu jawab
 
"dia lah hero. Berlari sana sini. Bukak cabinet,bukak peti ais, bercakap tak berhenti sampai kami kena pisahkan dia dengan jiran dia tu. Mula mula dia duduk depan kawan dia belakang. Lepas tu tukar pulak. Last last dorang duduk jugak sekali"
 
I dah krik krik. Lol I punya lah risau anak I kena buli. Rupanya hampeh. Tapi Lihin nampak takut lepas Ummi and Cikgu mengadu.
 
 I pesan kat dia berkali kali jangan buat macam tu. Takpe nanti I update kisah dia di sekolah lagi okay. Macam macam perangai sekarang ni.
 
Paling penting, sebelah kedai ialah kedai runcit. -_-


Balik tu I ajak Atok, Lihin and Maira makan cendol durian. Obviously I tengok je lah. Lepas tu main taman then makan aiskrim. bukan main suka dia. 


cendol RM 15




Toodles,xoxo

Comments

  1. salam..

    mak2 mmg excited bila anak2 masuk sekolah buat pertama kali.
    zaman akak dah berlalu dah..

    ReplyDelete
  2. Awww...I memahami sangat perasan mak-mak yang pertama kali anak derang pergi sekolah. Sama lah dengan I pun dulu. Excited ada nervous pun ada. Alhamdulillah..untungnya tadika bawah rumah jer. Nampak tadika die pun ceria! bagus sangat. Part parents lain dok berdiri tegak tuh klakar. Sama juga sekolah Hannah dan Umair. Masa first day of school aritu pun ramai parents dok bertebeng kat pagar tengok anak. Especially yang darjah 1. Macam2 ragam..ada yang nangis melalak..ada yang dok nyorok belakang bontot mak ayah dia. HAHAHAH! Apepun, semoga Lihin suka pergi sekolah yer. Jadi budak baik, dengar cakap cikgu. Take care babe!

    ReplyDelete
  3. semua mak msti rasa mcm Cici rasa tu bila 1st time antar anak pi tadika... akak dulu pun rasa gitu... sampai kan rasa mcm tak blh nk buat keje... tp lps tgk aiyan dh ok kite pun rasa lega... mcm baru ni antar dia darjah 1... kami tak tunggu pun, lps antar kami dgr taklimat dr cikgu, time balik baru tunjuk muka... sbb kelas aiyan jagaan spesel, jd kami tak risau sgt... dia pun dr sebelum msk sekolah tu dh hepi nk tayang beg baru, kasut baru serba serbi semua baru kn...

    ReplyDelete
  4. comel dan nakal bebudak ni sampai pening cikgu.

    mak mesti terasa cepatnya anak membesar bila throwback gambar lama tu kan?

    ReplyDelete
  5. babe ! dh jadi mak mak kan hntr ank skolah. ececee. i pulak tahun depan kot. amani skang pun dh thu skolah tu ramai orang, tak nak pegi. mencabar thun depan.

    ReplyDelete
  6. comelnya LIhin sekolah, Dhia pun start nangis sekarang sedih pi sekolah. Dan mummy pi kerja. Adoi. 1 st week ok ja DHia

    ReplyDelete
  7. Alamak i pun rasa syahdu la bila tengok gambar baby Lihin... I pun tgh agak syahdu ni tiba-tiba rasa macam Sofia is such a big girl already... Puncanya sbb dia dh tak pakai kasut bunyi-bunyi...

    Btw durian seketul kat cendol tu my mum mesti suka sangat... Dah banyak kali/ tempat kitorang pergi, cendol durian dia tak kasi seketul, tapi dalam bentuk cecair... (off topic pulak..)

    Lupa nak cakap hi cici.. lama sangat i menyepi.. huhu

    ReplyDelete
  8. hehebe--lihin talkative like alya..dia suka sembang dengan bff dia ya...bagus lihin..tahu nama penuh...lagi satu maira mesti boring bila lihin g sekolah kan..xde kawan dah dia..nasib sekolah kat bawah je..dekat nak amik..mesti maira always counting times bila lihin gi sekolah..huhh

    ReplyDelete
  9. huhu...apa2puncepat masa berlalu...sekejap je lihin dah sekolah kan...pic masa baby tu comell sgt bee..

    ReplyDelete

Post a Comment