Bawa Anak Ke Kidzania Malaysia

Kidzania ni memang best kan. Pergi sekali tak cukup. kena repeat sekali lagi. So hari tu I bawa Lihin ke Kidzania. Dia memang nak sangat naik fire truck, do lafaz ulang ulang. Plus masa first time pergi kan tak sempat nak naik Pilot.
 
First time masuk Kidzania- Seharian Di Dunia Kanak-Kanak
 
I sampai awal jugak 10.30am macam tu. Terus ke tingkat atas nak naik Pilot. Ha Kidzania ni 2 tingkat uolls. Berpusing pusing kat situ jugak. Time tu ada jugak orang tapi taklah seramai waktu pertama kali pergi. Time ni confirmed takde rombongan sekolah. Plus cuti panjang mesti ramai berjalan jauh kan.
 
Pilot Training Facility
 

Time sampai tu 1st slot dah bermula. Next 11.40am. So dah bagi nombor semua kami duduk duduk kejap. dalam 11.35am I pergi sana and suruh Lihin beratur


Dalam banyak banyak game rasa ni over nau. Dia punya tempat jauh ke dalam, so nak amek gambo curi pun tak dapatlah hahaha
 
Dia bagi kita tengok tv ni ha, tapi hitam putih. Dah penghujung baru lah ada warna. memang prosedur ke? ahaha. kalau nak diikutkan, JARANG lah dapat kebenaran amek gambo. selalu nak snap, snap je tanpa kebenaran. Yelah sebab dorang ada official photog. Kang tak laku gambo dorang -__-



So gaji Pilot agak tinggi. Apa lagi Lihin, sila tukar cita cita anda. 


Next, kita que untuk bomba. I tak snap banyak gambar sebab previously dah pernah naik. Dulu staff akan cakap "parents, kids are working now. Pls don't disturb them" maknannya tak bagi amek gambau ler. Tapi this time tak cakap pun . 


The Food
 
Okay bab makan. sama je mana mana theme park, memang tak boleh bawak outside food/drinks. tapi I kuranggg berkenan pilihan makanan kat sini. Like Hello, at least LEGOLAND ada Nasi Ayam. sini? kalau nak nasi , Nasi Goreng bersama Fishball and ada lah broccoli. I sangat tak berkenan so I pilih fast food.
 
*taktahulah ada menu best menyorok. Korang explore lah. ada lebih kurang 4 café rasanya. 


I pilih Fish Burget Set (RM 18) hurmm
 
Air boleh pilih soft drink /Ice Lemon Tea. Tapi yang cashier ni baik sangat. I baru cucuk straw, Lihin tak sabau sangat nak amek sampai air tu tumpah. Habis basah counter. Tu satu hal, I dah fikir dahlah takde cash. Nak kena beli air lagi. I dah keluarkan RM 4.50 sekali dia kata
 
"akak nak beli air apa lagi kak? takpe tak payah bayar. Saya isi je yang baru"
 
Ya Allah baiknya. Semoga murah rezeki dek oii. 


MBPJ

Ni cuma naik free bus la kononnya. Dia akan bawak pusing pusing. 1 round je kot. Tak ramai pun naik ni. Korang beratur dekat depan Supreme Court ni ye


Mc Donalds
 
Zuper Burger tu tempat kita order makanan. Yang Mc Donald tu salah satu activity kat dalam ni yang sememangnya longggg que selain Pilot and Fire Fighter. Kalau sanggup beratur lah ye

 
 


Police Station


Kalau korang datang sini, korang akan amazed dengan 'kecomelan' polis kat sini. Imagine budak 2 tahun, pakai baju polis and of course agak gelebeh (Nampak macam dress pun ada), lepas tu berkawad left right left right, ha  memang teruja habis lah.
 
Biasa masa berkawad tu, staff akan pimpin yang paling kecik. Jangan risau anak korang tercicir.
 
Ni lah tugas polis. Polis akan sampai 'tempat kebakaran' dulu sebelum bomba. Lepas tu jaga jalan. comel je. 


But why? Gaji polis sikittttt sangat. T_T


Electrical Company
 
kerja company electric pulak. Mula mula dia akan bagi briefing pasal apa entah. Lepas tu akan keluar pergi betulkan tiang lampu.
 
Biasa yang badan besar sikit akan tolong staff pegang tangga.
 


 
Construction Site / Window Cleaning
 
 
So kat sini ada 3 (construction/ painting/window cleaning) . Korang boleh pilih mana mana lah. Kena beratur tau.
 
Construction ni comel je. Acah susun batu bata tapi jenis lembut punya lah. Lihin dah la tak pandai main Lego so I agak risau. Nasib staff sangat child-friendly
 

 
 Next, window cleaning. Staff memang sangat peramah siap bergurau senda. Mostly budak yang kerja ni dia nak naik natang kuning tu. Apa entah namanya. so staff tu cakap
 
"ehh tak boleh, naik ni kena ada lessen. Saya takde lesen"
 
ahaa. Tapi maybe Kidzania boleh cari idea bagi budak budak merasa naik/kawal sendiri kren ke lori sampah ke. Mesti dorang suka. and mesti lagi mahal. kahkahkah
 

Time ni Lihin sorang je. Kelakar betul. so biasanya dia akan bawak pusing pusing cari glass door untuk dicuci. Suka lah Lihin. hahaha

 
Souvenir
 
Ha kalau pergi tempat macam ni mesti nak beli something buat kenang-kenangan. Korang mesti dah dapat agak tapi I still nak remind, semua MAHAL. hahaha. Key chain RM 12 woii. I tak beli sebab I dah tekad nak datangg lagi. kahkah. Insya Allah
 
 
 

Banyak benda lain, botol air lah. pen bentuk kereta ada tulis Kidzania RM 15.90, eraser lah. eh semua cantik lah.
 
So ni I pun berkenan tapi size besar (8 years old). I takdelah tanya pasal sizing, sebab tengok harga tu.
 
Kalau dapat ni, mau berebut 3 beradik -__-

 
Kidzania's Department Store




Korang mesti curious, duit yang bebudak ni kerja nak buat apa ek? nama matawang dorang ni Kidzos.
 
So ada satu kedai Kidzania's Department Store betul betul depan UMobile. Ha kat sini lah korang kena belanjakan duit tu.
 
I have to say this, I rasa tak relevan langsung harganya. I rela bayo pakai RM. Tapi apa nak buat. RM tak laku disin. Bukan tu je, PARENTS ARE NOT ALLOWED
 
bagus konsep, bagi anak belajo jual beli. Tapi kalau I bawak anak kecik macam Ash/ Gegirl, adakah I patut order dari pintu sahaja? hahaha


I close-up sikit harga. Korang kerja basically dapat Kidzos 6. seharian lecak ketiak kerja dapat Kidzos 100. Cuma dapat hairband yang sangat... dot dot dot
 
Lihin nak kereta Kidzos 400 (not in the picture) So apa lagi, I lecture lah dia
 
"ha macam ni lah Mommy kerja, kumpul duit baru boleh beli. Abang kena sabra, kena kerja banyak banyak blablabla"

 
Punya lah panjang bebel, tapi I rasa dia tak paham. kahkah

 

 
Tak sangka Lihin ni rupanya agak memilih kerja. Tak habis 'ahli bomba' and bawak kapal terbang. Tak nak lah I beratur!
 
So I paksa dia kerja kat kedai telefon. Dia kata ajar bukak battery telepon, pasang balik blablabla. Good, jangan you pergi godek handphone Mommy sudah. -__- 


Dapat simcard tipu. Number banyak cantik wooo 018-8888888. Orang tu kata dating balik around 6pm untuk tukar sim card betul. Ahh memang tak lah. I dah nak pengsan. Tapi nanti next time pergi nak try bawak lah. Mana tau boleh tukar


Spritzer
 
Kat sini ada 2 pilihan. Nak kerja kilang buat, isi air dalam botol semua atau delivery. Time ni Lihin dah penat kot sebab dia dah start blur. Orang suruh pusing pun dia macam tercengang cengang. aduh
 
Dia partner dengan this little princess. Budak ni bijak betul. Basically dorang kena collect carton yang dah dihantar. So this girl akan ketuk pintu, greet and bagitahu tujuan. Lihin blur blur je. Family budak ni pun baik. :)

 
Tu game last kami. sebab dalam 5pm macam tu kami chow, rushing nak balik kampong. Kampung I kat Sg Buloh je uolls. hahaha
 
Kidzania Passport
 
Btw kat sini ada system passport. Memang comel, macam passport Malaysia tu. I dah siap isi form blabla sekali la kena bayo RM 38 untuk registration. ceh terus I keluar dari passport office. I memang cashless time tu
 
So passport tu merah, kalau dah dapat banyak cop dia akan upgrade oren dan lepas tu akan upgrade lagi. Bila umur 17 tahun je, passport akan terbatal
 
takpe, next time. Kan I nak datang lagi. hahaha alasan
Sunyi dah counter petang petang. Yelah, datang petang rugi uolls. Boleh buat 1 activity je agaknya.



So finally impian Mommy tercapai nak tengok Lihin pakai baju Pilot. RM 35 okay gambo ni -_-

 
 
Toodles, xoxo

Comments

  1. handsome lihin ngn unipom mr pilotnya....
    seronok mcm2 kerja blh nk dibuat jnji ada ongkosnya kalau betul2 nk rasa semua kan...

    yelah nk msk pun dh berapa rm kan

    ReplyDelete
  2. Hm bash bayangkan memang kena seharian kat sini baru rasa berbaloi..

    ReplyDelete
  3. Wahh Lihin jadi pilot. Heheh. Memang best kalau bawa budak budak pergi KidZania ni, macam macam dia orang boleh explore :)

    ReplyDelete
  4. X pernah lagi pergi ke Kidzania ni. Tp last year anak i yg gegurl dah pernah pergi. Trip taska. Katanya best. Nasib baik teacher rajin post gambar. Dpt tengok dia posing pakai bj uniform.

    ReplyDelete
  5. Nak pergi sangat kat siniiiii!!! one day akan kubawa semua anak-anak ku. Heheh

    ReplyDelete
  6. hahaha.. Syokkan pi sini. Hero-hero dah pernah pi.. Semua dok pulon nak jadi. Tapi susahnya nak amik gambaq dan tempat parents melepak.. duduk la melangut tengok anak..haha

    ReplyDelete
  7. Mummy tak makan pun kat situ..mahai + souveniar kat situ pun mahal.. so sblm masuk sini makan dulu kat Ikea ye..hahhaa :p

    ReplyDelete
  8. Syoknya sblm masuk dapat tiket flight hokay.. Mummy kalo flight pun just print itenary je hokay...hahha

    ReplyDelete
  9. Eh ! kenapa ada pasport , zaman mummy pi takde pun..nak return balik hero2 da besar semua takleh masuk...hahaha

    ReplyDelete
  10. bdk2 ni pun tak pernah puas pi KidZania..ni nak p lagi ni

    ReplyDelete

Post a Comment