Muzium Coklat Kota Damansara

Shopee | Jualan Murah Sempena Musim Perayaan

 
 
 
Dah makin dekat Chinese New Year ni, makin banyak jualan murah sana sini kan. Yelah kita kan 1 Malaysia, walau kita tak sambut perayaan ni, kita tumpang shopping sekali. hiks.
 
Baru baru ni kan I ada update pasal potongan harga 90%  di platform beli belah dalam talian; Shopee tu kan? Ha tau tak, Shopee telah menyaksikan jumlah peningkatan sebanyak 32% tau sepanjang tempoh perayaan ni. Mana taknya, Shopee ni menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang murah. Berbaloi lah kiranya.
 
Zaman sekarang, pengguna semakin bijak dalam berbelanja. Mereka memilih untuk online shopping je sebab dapat menjimatkan banyak masa di samping tak perlu bersesak di pasaraya. Cakap je nak apa. Dari pakaian, gadget hingga ke makanan, semuanya ada.
 
Ha I sertakan antara Carian Paling Popular Sempena Tahun Baru Cina.
 
 
Carian Paling Popular Sempena Tahun Baru Cina
 
 
Nampak tak perempuan suka shopping? selain tu pakaian kanak-kanak pun ramai orang cari. Ye lah, malas nak beratur panjang panjang. Klik klik je terus sampai office. senang. I plan jugak nak cari cheongsam untuk si Maira, cuma I fikir nak pergi mana je. hahaha
 
Jadual di bawah pulak merupakan Pembelian Paling Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia.
 
Pembelian Paling Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia
 
 
So korang dah shopping untuk diri sendiri ke belum? Rugi uolls, tadi I masuk website Shopee, cepat cepat keluar balik. Sebab lupa bawak credit card laki. kahkahkah. banyak benda I dah add to cart. I pun taknak lepaskan peluang sebab potongan harga, promosi hebat dan Kempen Wang Bersama Shopee ni sampai 25 February je tau. Lambat kang melepas.
 
Tengok I punya cart dah ada 16 item. More to come. Tunggu kad je. hiks. Tu ha I aim Maybelline Nudes Pallete tu. Murahnya lahai. Shampoo L'Oreal tu pun sesuai nak bawak travel masa holiday nanti.
 
 
 
Kempen Hari Gaji
 
Ha, Shopee dengan jualan murah memang tak dapat dipisahkan. Nanti 26-28.02.2018 korang bersiap sedia sebab Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji. Ha tau tau je tarikh gaji I tau. Sapa sapa yang nak cari lappy untuk anak ke, boleh la kiv kempen ni sebab ada banyak jenama popular termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS,Dell dan Lenovo
 
Bagi yang belum ada apps Shopee, boleh muat turun secara percuma di Play Store atau Apps Store. wajib ada ni, shopping theraphy gitchew
 
Toodles, xoxo

Comments

  1. bagus kan, dahlah murah, takyah bersusah-payah keluar rumah...

    ReplyDelete
  2. saya rajin juga beli dkt shopee
    murah

    ReplyDelete

Post a Comment