Berbuka Puasa Di Hilton PJ | Jom Makan

Lagi dua bulan nak masuk bulan Ramadhan. Mesti korang dah tercari cari tempat berbuka puasa untuk orang tersayang kan? Yelah, sesekali nak jugak luangkan masa dengan keluarga dan kawan kawan, makan bersama sama baru bertambah erat silaturahim gitchew
 
 
Masakan Ala Kampung
 

Memang best dan rambang mata apabila disajikan dengan lebih 150 jenis hidangan tradisional dan modern yang semestinya lazat dan mengiurkan. alamak dahlah semuanya sedap. wajib rasa semua ni. Cakap je nak apa semua ada. Western ke masakan kampong ke , Indian , Chinese eh semua lah ada. so jangan risau, semua memang kena dengan tekak masing-masing


Tengok gambar je dah kecur air liur. Antara menu yang menarik perhatian ialah Nasi Kandar, Nasi Gulai Kawah, Lemang, Ayam Golek, Sup Gear Box, Western , Middle East Food Station, Teppanyaki Bar, Bubur Lambuk,  Seafood Szechuan & Lobster Bisque dan macam macam lagi lah. Selain itu mereka menyediakan 10 jenis beverages. ha penat seharian berpuasa kan. Mesti tak sabar nak rasa semuanya



Buffet Ramadhan memang tak lengkap tanpa Kambing Panggang. Tengoklah ni memang mengiurkan. Kalau pergi mana maan buffet si Ocin memang serbu kambing dulu. Juicy and tender. yumms. Gravy pun sedap.






Bagi pencinta selera kampong atau masakan tradisional , ada pelbagai pilihan untuk anda. Ni kalau bawak my dad ni mesti dia happy.






Teppanyaki & Tempura pun ada. Memang berbaloi sebab korang bukan saja dapat merasa pelbagai jenis masakan



Tak cukup lagi? Ha untuk pencinta Javanese food, korang boleh rasa keenakan Lidah Sapi Bakar bersama Air Asam, Ayam Penyet dan Ulaman yang pasti membuka selera korang.



Selain dari tu, korang juga akan dihidangkan dengan Makanan Laut Panggang, Tandoori Chicken, Deep Fry item, Variety Pasta dan bermacam lagi lah. tak larat nak sebut satu satu. Korang wajib serbu Hilton PJ untuk Ramadhan ni dah rasa sendiri kelazatan hidangan.



Yummylicious Dessert

Dah seharian berpuasa mesti kita makanan manis untuk kembalikan tenaga. I bagi thumbs up untuk dessert kat sini. Ada pelbagai pilihan daripada kek, kuih dan juga ice cream. Haruslah I rasa setiap kek yang ada.


Ada pelbagai chilled pudding/ cream and tart. Korang tinggal pilih je mana berkenan. rugi tak rasa woi. Selain tu ada juga cake counter yang menghidangkan pelbagai jenis kek berwarna warni. Memang menaikkan selera.


A-must-try dessert! A mouth watering and super duper yummy




 
Bukan senang nak cari Kuih Bakar ni di luar tau. Terkejut I hotel 5 bintang ada kuih ni. Yumms. Kat sini memang disedikana aneka jenis Kuih- Muih Melayu, Chilled Cocktail dan Buah-Buahan Segar.

Kalau bawa si Lihin, confirmed dia hadap kaunter ni je. hahaha

 
Ambience

I selesa sangat dengan ambience kat sini. Relax. sesuai kalau ajak kawan kawan office gathering kat sini untuk buka puasa. Hujung minggu pulak boleh bawa family sebab pada I sangat child-friendly; ruang yang agak luas dan tak sempit dan juga ada disediakan baby chair

Sambil makan kita akan ditemani dengan alunan muzik merdu. Ahhh tak sabarnya nak dataang lagi.

Makanan yang sedap, decoration dan muzik yang merdu I betul betul rasa macam Hari Raya. Ala- ala open house gitchew
 
 
 
Food Truck
 
Tahun ni agak istimewa sebab pihak Hilton PJ bekerjasama dengan Food Truck vendor . Maknanya ada extra option untuk pengunjung. Ada pelbagai pilihan seperti rojak, cendol dan jugak DURIAN. ahaa I tau ramai yang tak tahan dengar nama DURIAN. tu saja highlight. hahaha
 
since I don't eat Durian, so taraaa . he finished everything. hahahaha
 
 

 
Jom tempah sekarang untuk dapatkan harga menarik

First three days (15th May-17th May)
Starting from RM 169 Nett (Adult) & RM 89 Nett (Kids)

The Following Weeks (18th May ( Saturday onwards)
Starting from RM 189 Nett (Adult) & RM 99 Nett (Kids)

Last three days  (11th June- 14th June)
Starting from RM 169 Nett ( Adult) & RM 89 (Kids)

Beli cepat untuk dapatkan Early Bird vouchers at RM 149 Nett / RM 79 Nett

Satisfy your cravings with wonderful display of food from various states at Hilton Petaling Jaya. For reservation pls call +03- 7955 9122 or visit www.zestPJ.com


 
 

 


Toodles, xoxo

Comments

  1. Replies
    1. sedap sangat. suka nasi beriyani dia. maklumlah hantu nasi. hehehee

      Delete
  2. Terliur nyaa tengok set berbuka puasa dekat Hilton ni. Siap ada durian tu :)

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. Dah boleh plan ni nak buka puasa kat mana. Tempah awal, dapatlah murah sikit

    ReplyDelete

Post a Comment