Muzium Coklat Kota Damansara

Beli Baju Raya Di Butik November Mate Bangi Sentral

 
Holla uolls , dah shopping baju raya belum? Aha puasa pun belum dah Tanya pasal Raya kan? hiks. kejap je uolls kan tup tup dah Raya.
 
Hari tu kan I jalan jalan Bangi Sentral , nampaklah satu butik ni ha. November Matte. Catchy benau namanya. Saja la intai. Actually I belum ada tema lagi. Penat betul fikir warna setiap tahun -_-
 

Masuk masuk je mata I dah berkenan kat peplum merah ni ha. Actually hijau pun lawa. Argghh rambang mata oi.
 
Baju cutting macam ni cantik, sesuai untuk badan kerengga atau badan sedap sedap peluk macam I ni >,< boleh sorok lelemaks sikit kan. 



Kain best gila dan nampak ekslusif. Design macam ni nak pakai pergi open house sesuai, nak bawa balik kampong pun cun. Tak sarat sangat yet still nampak vogue. ha gitchew. 



Cantik sangat baju ni. Tapi I memang tak dapat pakai baju macam ni. Nanti Ash makan bunga tu -_- Mommies yang anak dah besau panjang boleh lah bergaya dengan fashion macam ni. Warna pun lawa lawa, aduh geram



Hari tu I share di socmed, ramai pulak yang berkenan dengan kebaya tu ha. Memang cantik ,nampak sopan yet still vogue. Yang bertudung ke free hair ke semua sesuai gayakan.Warna pun lembut je. Romantic gtew. 

 
Telekung cantik wehh. Boleh lah beli untuk Raya. Mesti ramai nak tumpang solat kat rumah nanti kan. Takpun beli sebagai buah tangan balik kampong. Mesti makcik kakcik semua suka. First time tengok telekung macam ni.
 
 
Bagi yang nak bergaya modern atau cari baju yang boleh dipakai ke tempat kerja sekali , uolls jangan risau . Ni ha ada koleksi blouse cantik. harga pun semuanya affordable. I berkenan betul dengan maroon belah kanan tu. Buar baju raya boleh, baju kerja pun boleh.
 
 


Yang I suka dengan butik ni, bukan je ada banyak pilihan baju, tudung,handbag and kasut pun cecantiks uolls. Korang nak flat shoes ke wedges ke semua ada. I geram dengan kaler putih & hitam  tu. Senang nak matching dengan semua baju

 
 
 
 
 
 Nak matchingkan handbag dengan tudung? Ha don't worry semua ada kat sini. Nampak ekslusif handbag dengan bunga timbul tu.Lupa pulak tengok harga. Dok ralit belek baju je. Tu lah I cakap, sini memang banyak pilihan , rambang mata dibuatnya.

geramnyaaa
Ha mesti uolls dah ada yang berkenan tu. Bolehlah jengah jengah IG mereka di @novembermatte atau terus je serbu butik mereka yang terletak di Bangi Sentral.
 
November Matte
 
1-11-02 Jalan Medan Pusat Bandar 7
Bangi Sentral
 
(landmark: same block with Leeyana Rahman)
 


Comments