Berbuka Puasa Di BBQ Lamb KL Kemensah

Korang pernah tak terfikir nak berbuka puasa sambil dengar bunyi air mengalir diselangi bunyi cengkerik? ha something new kan. Selalu kalau cakap pasal Iftar je kita akan terbayang buka puasa di hotel dengan live band sambil dengar lagu raya. Ahh cliché sangat tu. This time jom layan bunyi bunyian semulajadi gtew
 
 
BBQ Lamb KL Kemensah

Yang I makan ni Set Ramdhan Seafood. Portion makan untuk 4-6 orang. Tapi I rasa lebih orang pun okay kot, Ada seafood platter tu, kurma, cocktail, nasi (4 pax), soup dan 2 jenis sauce. Weh you guys should try their Thai Sauce. Mengancam! Untuk I pedas, tapi pedas pedas sedap gtew
 
 
Dia punya sotong bakar & salmon perghh terbaik lah. I suka dip dengan Thai sauce tu ha. mengancam jiwa. Makan dengan nasi sedap, makan begitu sahaja pun sedap.
 
 
 
 
 
 
 

 

Meriah ke tak uolls
 
Ha kalau nak tahu selain Set Seafood(RM 188), mereka juga menawarkan Set Daging (RM 188) & Set Burung (RM 168).
Setiap set akan dihidangkan bersama
 
- Herb Rice (refillable)
-Lamb Soup
-Salad/Coeslow
- 2 Jug Minuman
-Puding
-Koktel Buah Buahan
-Buah Kurma
 
Memang sangat berbaloi. Tengok je lah dalam sepinggan tu ada apa? Soft Shell Crab, Sotong Besauu, Udang Galah, Ikan Salmon. Tu kalau beli kat kedai mentah mentah pun dah mahal weh
 
 
 
 
Ambience
Macam I cakap tadi lah, kalau korang nak makan ditemani bunyi deruan air dan bunyi cengkerik, memang sini lah tempatnya. Kids mesti suka. Mesti diorang curious dengan banyak benda kat sini. I pun terpesona jugak uolls. Maklumlah I kan gadis bandar gtew. Asyik tengok konkrit je, sesekali nak tengok hutan jugak
 
 
 
Antara pondok makan depa. Wah syok ni. Yang hat ni betul betul tepi kolam. Memang kalau bawa kids, sedia je lah baju dorang .
 

Yang ni belah atas. Antara yang I suka kat sini tempat makan agak privacy. Taklah sesak and dekat sangat dengan customer lain. Bukan apa, anak anak I kan 'meriah'. hiks
Tempat ni memang cantik, tenang and damai. Sesuai la kalau korang nak relax, chill chill after kerja atau di hujung minggu. Don't worry uolls, takde nyamuk langsung! Maybe sebab dorang sangat menitik beratkan bab kebersihan. So nyamuk ke lalat ke memang takde.
 
basically you pay for good food and the experience. Memang takkan dapat kat restoran atau hotel 5 bintang. Semuanya semulajadi.

 
Jangan lupa masukkan BBQ Lamb KL Kemensah sebagai salah tu tempat untuk berbuka puasa dengan yang tersayang ye. Kompem tak menyesal. Oh , better korang booking dulu. Kang full house kang buat penat je datang sini.
 
 
 
Toodles, xoxo


Comments

Post a Comment