Muzium Coklat Kota Damansara

Berbuka Puasa Di KL Tower


Kalau sebut je Menara Kuala Lumpur mesti semua dah terbayang view cantik dan ekslusif kan? Ha apa kata bawa keluarga dan kawan kawan menikmati juadah berbuka puasa di sini? Mesti satu pengalaman yang berbeza makan di tempat tinggi kan



Iftar Disyukuri, Ramadhan Diberkati

Bufet ni bermula dari 21 Mei hingga 12 Jun, dari jam 6.30pm hingga 10pm di Dewan Bankuet Megaview. Ha boleh makan puas puas

Kat sini ada lebih 80 jenis masakan antarabangsa dan tempatan yang sememangnya mengiurkan. Rambang mata wehh. taktahu nak pilih yang mana.

Kalau kebanyakkan tempat berbuka puasa akan jadikan Kambing  sebagai signature dish, lain pula dengan KL Tower tau, signature mereka ialah Oxtail Asam Pedas yang memang jarang nak dapat di mana mana. Ha tapi peminat kambing jangan risau, tetap ada Kambing Golek dan Serawa Durian sebagai pencuci mulut.

Okay jom tengok gambar
 




Their Sotong Goreng Kunyit memang marvellous. Tak liat langsung! Cukup rasa.


Sayur Lodeh Goreng


Buffet Ramadhan kat sini memang lengkap dan menepati citarasa semua orang. Kalau tekak makanan Melayu, boleh cuba masakan kampong. Kalau tekak Western, pun jangan risau sebab ada pilihan untuk korang.

Ha ni dia yang ditunggu tunggu. Kambing Golek. Daging lembut, sos pun terbaik. cukup pekat dan cukup rasa.


Selain tu, kalau korang taknak makanan berat,jangan risau sebab ada banyak pilihan makanan lain. Rambang mata oii. Semua sedap belaka pulak tu.







bubur lambuk yang paling susah nak cari sekarang


Bagi pencinta dessert macam I, you guys wajib serbu sini. Banyak pilihan pencuci mulut yang sememangnya lazat. I tak makan Durian uolls, tapi ramai puji their Serawa Durian sedap. Siap bertambah lagi tau

Ni kalau bawa family mesti depa suka. anak anak I kan peminat durian




Kek dia OMG . Must try and recommended sangat. Macam kek coklat kat bawah ni, memang soft, fine texture & chocolaty. Lepas tu sangat moist pulak. I dah lah peminat coklat, memang tak cukup lah sepotong. Yumms!



Banyak pulak pilihan kek dia. Harus lah rasa semuanya kan. sedap oi.





Ha , kalau hari biasa memang susah benau nak jumpa kuih kuih tradisional ni. Dah lama I mengidam kuih lapis tu tapi tak dapat je. Kat sini cakap je nak apa , semua ada uolls. Tak rugi dating

Sebab tu I cakap buffet Ramadhan kat sini menepati citarasa semua orang. Kalau bawa family memang sesuai. Family Friendly gitchew



 

 



Ha selain dari tu, I memang jatuh cinta dengan ambience restaurant ni. Tempat selesa, tak terlalu padat. Sambil makan kita akan didendangkan dengan alunan muzik dari band 'The Sky'. Lepas tu tengoklah view tu. Syok je makan sambil menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur

Best kan uolls. Bagi yang berminat nak buat tempahan boleh contact mereka cepat. Boleh grab early bird price.



Toodles, xoxo



Comments