Cahaya Raya Di Shopee

 
Dah nak masuk bulan Ramadhan dah kan. Lepas tu tak lama lagi dah Raya. Antara benda yang ditunggu tunggu mestilah jualan murah sempena musim perayaan. Maklumlah nak beli macam macam kelengkapan dari penjagaan diri hinggalah ke barangan rumah

 
 
 Kalau nak tahu Shopee ada sale lagi uolls. Kali ni semua jenama terkemuka seperti Nestle, Maybelline, Watson, PetPet, Universal Traveller dan banyak lagi lah. Kempen yang berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun ni membariskan pelbagai tawaran ekslusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%
 
Tabiat Membeli Belah Rakyat Malaysia

Kempen Cahaya Raya ni juga berdasarakan Tabiat Membeli Belah Rakyat Malaysia. Ha kalau korang nak tahu, Shopee dah menjalanakan kaji selidik pada 2 hingga 9 April yang lepas. Dengan itu, lebih senang dorang tahu pengguna Shopee ni kebanyakkannya beli apa, cari apa dan sebagainya.


 
● Kaji selidik tersebut mendapati, 85% peserta adalah golongan belia berusia
bawah 35 tahun yang merupakan pengguna tegar e-dagang.

● Jumlah responden tertinggi merupakan dari negeri Selangor, dengan rekod
lebih 20% daripada jumlah keseluruhan peserta.

● Penduduk dari Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah 20% daripada peserta
kaji selidik ini dan mereka mendapati membeli-belah secara dalam talian adalah
lebih mudah di samping menawarkan pilihan pelbagai jenis produk

● 80% responden membuat persiapan sempena Hari Raya kira-kira sebulan
sebelum bulan Ramadan

● Kira-kira 90% daripada jumlah peserta membeli-belah secara dalam talian
secara kerap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan

● 95% responden lebih gemar membeli-belah secara dalam talian kerana tawaran
harga dan promosi yang dilancarkan

● Selain itu, faktor lain seperti kemudahan, variasi produk dan insentif lain
termasuk penghantaran percuma dan komisyen sifar serta platform bayaran
yang selamat juga memainkan peranan - semuanya boleh didapati di Shopee!

● Menariknya, 5 kategori pilihan golongan wanita sempena Hari Raya termasuklah
Pakaian Lelaki (yang merupakan kategori pilihan utama, mengatasi Pakaian
Wanita dan Beg & Dompet Wanita) dan Kasut Lelaki.

● Bagi golongan lelaki pula, 5 kategori pilihan mereka termasuklah Pakaian
Lelaki, Aksesori, Kasut Lelaki, Beg & Dompet Lelaki dan Fesyen Muslim.

● Lebih daripada 40% responden membelanjakan lebih daripada RM200 setiap
orang untuk membuat persiapan sempena Hari Raya


Menarik kan? Korang pun jangan lepaskan peluang membeli belah barang kepeluan harian ataupun baju baju raya di Shopee okay. Masa tengah murah macam ni lah kena shopping. Sepanjang kempen ni, pengguna Shopee juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee,, baucar, televisyen, pengering rambut dan macam macam lagi. Fuhh. Nak lagi? Ha dengan usahasama bersama Visa, pengguna boleh enjoy applikasi Ketupat Raya dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM 1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM 350,000, Hondah HRV RM 100,000, dan Volswagen Polo bernilai RM 80,000.


Nak raya ni uolls, semua benda kena baru kan. Tu TV Samsung tu berbaloi sangat. boleh tengok tele filem Raya kat TV. melengkor depan TV puas puas.


OMG  cantiknya design tudung ni. Bila lagi nak melaram kan uolls. Mana tau ex boipreng nak datangg rumah ke, time hidaang air tu boleh lah I libas shawl kat muka dia. kahkah
 


Banyak lagi jenama terkenal boleh dibeli di Shopee pada waktu kemuncak  Kempen Cahaya Raya iaitu pada 3 hingga 6 Mei dan 24 hingga 27 Mei. Nasib baik laki dah gaji time tu. Memang nak shopping kaw kaw lah ni.

Jom , pada yang belum install apps Shopee cepat cepat download sekarang okay.

Toodles, xoxo





Comments

  1. I pun duk giler beli kat shoppee. Ad benda lg murah ad benda tak (of course).

    ReplyDelete

Post a Comment