Ocean Groove With Maestro Ning | Tarikan Terbaru Di Genting

 
Tak lama lagi cuti sekolah kan? Dah plan nak bawa anak huha huha bergembira ke?
 
 Tak payah pening nak pergi jauh jauh dah, jom bawa anak anak ke Sky Avenue Genting. Ada pelbagai tarikan di sini antaranya Ocean GrooveWith Maestro Ning. Free je uolls tak payah bayar apa apa.
 

Jangan kata kanak-kanak, I pun terpegun dengan orchestra dasar laut ni. Seronok tengok pelbagai hidupan laut seperti ikan pari dan kuda laut beraksi. 

Paparan skrin setinggi 4 tingkat ni dipancarkan  di LED skrin mengelilingi concourse area selama 5 minit. Idea yang unik dan menarik untuk membuat para pengunjung terpukau. Tak cukup dengan tu, ada juga 1,001 modern winch ball yang akan bergerak synchronizes dengan alunan muzik. Colourful uolls.
 


credit: RWG


Pertunjukan orchestra yang memakan masa lebih kurang 4 bulan ini dihasilkan oleh Genting Studios team located in Los Angeles and Kuala Lumpur. Bukan calang calang orang tau di belakang tabir. semuanya nama nama besar seperti Guy Vasilovich ( All I Wang For Christmas Is You, Star Wars) sebagai pengarah. Penerbit eksekutif pulak Daniel Regis Brown (Dex Hamilton, Pumpkin Resort) dan Steven LimTze Siang (Saladin: The Animated Series, Bola Kampung: The Movie). Gigi Meroni yang menang Emmy Award tu pulak jadi composer. Patutlah meletup.
 
credit: RWG
 
Kuddos to Resort World Genting yang sentiasa komited memberikan yang terbaik untuk para pengunjung.
 
 
Bukan tu je uolls, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan live performance istimewa oleh 'penghuni dasar laut'. Comel dan berwarna-warni okay. Antaranya ialah A Fabulous Octopus Witch, Kuda Laut dan Charming Corals.
 
 
Live performance ini dijadualkan  pada bulan May 19,20 dan 26-29 May. Ha ngam ngam lah tu waktu cuti sekolah bermula. Persembahan selama 20 minit itu dijadualkan pada setiap 11am, 1pm, 3pm, 5pm dan 8pm.
 
 
Jom bawa family tersayang jalan jalan di Sky Avenue. Dekat je uolls, day trip pun boleh.
 
 

ternganga dorang tengok persembahan
 
Toodles, xoxo
 


1 comment:

  1. Cantik n heaven sungguh tempatnya cici. Tak sabar lak rasa nak bercuti dekat genting ni. seronok sungguh tengok

    ReplyDelete