Resepi Sambal Udang Petai Mudah

 
Holla uolls.
 
Hari tu I share gambo Sambal Udang Petai. ada yang mintak resepi. I letak sini je lah ye. hiks.
 
 
Ni antara masakan pantas zupzapzup untuk I. Udang tak renyah nak bersihkan bagai. Resepi yang sama untuk Sambal Tumis Ikan Bilis, beza letak petai jo
 
 
 
Bahan Bahan
 
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
cili kisar
12 ekor udang XL
secubit belachan
secubit garam
sedikit asam jawa (ambil air perahan)
Petai
 
Cara Masak
 
1. Tumis bawang hingga naik bau
 
2. Masukkan cili kisar. I letak 6 sudu. Gaul rata
 
3. Masukkan udang. Gaul lagi. I suka tengok udang I disaluti sambal. Kalau togel je tak cantik. hahaha
 
4. Masuk petai. Menarik pulak tengok kehijauan macam tu. Kacau rata okay
 
5. Lepas tu masukkan belachan, air asam, dan garam. Kacau kacau lagi sambil slow kan api uolls.
 
 
SIAP
 
 
Simple sangat. I yang pemalas ni pun boleh buat. hahahaha. Boleh guna cara yang sama untuk masak Sambal Ikan Bilis. Meletops uolls. Kompem korang makan nasi bertambah . RIP diet.
 
Okay jom sambung buat kerja.
 
Toodles, xoxo 

Comments

Post a Comment