Proses Beli Jiwa 1.0 | Personal


Semalam 08.01 Gegirl buat hal tak nak pergi sekolah. Apa masalahnya I taktahu lah. Macam macam alasan dia bagi ; mengantuk lah , penat lah, boring lah. 

Lepas tu I memang tak larat heret dia. Atok turun dari kereta tolong heret. Cikgu and Cikna (pembantu tadika) pun sama tolong. wahduh


Dalam ' pergelutan' tu, I janji balik nanti nak bawak dia pergi Taman. Maka kami pun terus ke Bukit Indah. Playground situ elok sikit. Yang area rumah I ni, taktahu lah manusia ke beruk yang main. Yang pasti, malam malam budak tergedik gedik yang dok bercinta kat situ. Gaya macam pegi surau. lol. Akak dulu bercinta jugak dek, tapi tak main lah dating kat playground. Orang pergi KLCC, Kopi Bin, TGV dan sbgnya kahkah

Okay so back to the story, I dah siapkan bawak air kotak milo and air sejuk kami pun lepak lah situ. Tapi idok ler lama, dalam setengah jam je. Panas gila okayy. Nasib ada pondok macam tu. Tu pun ada couple duduk, I slumber je lah join depa. kahkah




Abang and Gegirl sibuk nak main gelongsor la buaian lah. Tapi dorang banyak borak. Rasa nak lesing je. Time kat rumah dok berzikir nak main taman, dah bawak dok borak pulak. Lol.

Ash nak berlari. ha lari la ko sampai puas. Ruma sempit takleh lari jauh jauh.



I memang JARANG bagi anak I main panas. Walaupun orang cebik cebik kan, tapi lantak lah, anak I kan . Sakit pening bukan orang nak tanggung pun. 

Tengoklah kulit Ash ni, dah macam udang kena bako je merahnya . Tu pun tak reti penat lagi


HAHAHAH adoi sorry Mommy cannot tahan


Dalam setengah jam I berjaya pujuk balik. Pastu singgah McD beli aiskem. Nasib lah ada McD kat Taman Kosas. Baru bukak tahun lepas kot. Kalau tak jauh nak ke Ampang Jaya tu ha



I pantang sikit depa makan dalam kereta. Berkeladak. Tapi sebab panas, makan jelah. Atok parking bawah pokok lepas tu kami makan sama sama 



Malam tu I pujuk Gegirl conteng conteng sikit. Dia kan macam takut sangat nak pegang pensel. Kaler ker tulis ke semua dia takut. 

Ocin pulak sebab taknak diganggu main game, dia hulur je phone. Eh memang menyinga la. I punya lah benti kerja nak ajar anak, ko sedap hulur phone je. Kalau mcm tu baik tak yah. Baik I sambung kerja lepas tu beli phone sorang satu. senang.

So syarat dia, 1 jam belajar, 1 jam phone. lol. 


Okay lah kan kira berani sikit dia pegang. I puji je . 

Dia nampak macam okay, ngada je tau taknak pegang. Tapi I takdelah cakap dia ngada depan depan. kecik hati kang hahaa


Sambil tu I korek lah sikit kenapa dia taknak sekolah. Macam macam benda dia putar belit ; didnt know anak I pandai pusing cerita. Dia kata kawan Abang kacau. Pastu Abang menafikan , gtew. Pastu dia kata kawan dia kacau. I cakap lah kalau betul I nak pergi jumpa budak tu esok. I bab gaduh memang onz kahkah. Tapi biar lah valid. Jangan malukan aku pulak haaha. so I soal soal soal last last dia kata bukan. cis, see nasib tak serang kalau tak malu iolls.

Pastu korek punya korek, katanya dia takde kawan. So I bajet dia taknak pergi sekolah sebab rasa tak seronok sebab takde kawan. Ha gtew.

I faham perasaan tu. Dulu pun I takde kawan kat sekolah. I was a very quiet girl, imagine lah I pernah lari sekolah time Standard 1 pun cikgu tak perasan. kahkah nampak tak?

I pun tak faham macam mana I boleh survive sekolah. Okaylah kan, jadi manusia jugak aku. Bukan beruang. hahaha

Okay nanti I update cerita sok lusa ye. 

Toodles,xoxo

2 comments:

  1. Hehehehe..adus..baru nak buka silat ye...rupanya endingnya takde kawan.

    ReplyDelete
  2. Comel je sebab takde kawan rupanya.. Nampak sedap pulak aiskrim tu

    ReplyDelete